VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 22 October 2021

HALATUJU SEKOLAH 2021 - 2025

  

Visi KPM:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Misi KPM:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

Visi Sekolah:

Sekolah Unggul Generasi Cemerlang

 

Misi Sekolah:

Membangun Modal Insan Melalui Pendidikan Yang Berkualiti Demi Keunggulan Sekolah

 

 

ROADMAP SMK LUAR BANDAR NO.1: 2021 HINGGA 2025

 

MEMPERKASA KEPEMIMPINAN 2021

Objektif:

1) SLT dan MLT SMKLBS memantapkan pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan dan pengurusan.

2) SLT dan MLT SMKLBS berupaya membantu organisasi melaksanakan transformasi.

 

MENGGEMBLENG ORGANISASI 2022

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mencapai potensi sepenuhnya.

2) Semua warga SMKLBS bertanggungjawab dan bertindak bersama untuk memastikan kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MENERAJUI MODAL INSAN 2023

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mengutamakan pembentukan modal insan yang berkualiti tinggi.

2) Semua warga SMKLBS menghargai dan menganggap modal insan sebagai aset yang berharga.

 

MENJIWAI TRANSFORMASI 2024

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat menghayati transformasi organisasi.

2) Semua warga SMKLBS dapat membudayakan transformasi demi kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MELESTARI KECEMERLANGAN 2025

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

2) Semua warga SMKLBS mempunyai daya saing bertaraf global.




Tuesday, 12 October 2021

LAWATAN PPD SEMPENA PENYERAHAN TABLET PELAJAR TINGKATAN 3

12.10.2021 Tuan PPD Sibu Encik Ahli Bin Chikba membuat lawatan ke sekolah sempena penyerahan tablet untuk pelajar-pelajar tingkatan 3.  Selain menerima penyerahan tablet,  beliau membuat pemantauan di seluruh kawasan sekolah.  Lawatan rasmi beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai PPD yang lain dan juga bertujuan untuk memantau s.o.p pengoperasian sekolah. Lawatan ditamatkan jam 12 tengahari diakhiri dengan jamuan ringan. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang lawatan.
















Saturday, 22 May 2021

UCAPAN SEMPENA HARI GURU

Pihak sekolah terutama unit pengurusan membuat ucapan hari guru kepada semua warga pendidik.  Gambar ucapan ini akan dikogsikan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.  Tema hari guru tahun ini ialah berguru demi ilmu,  bina generasi baharu.  Pihak pengurusan sekolah berharap para guru dan warga pendidik sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran sempena pandemik covid-19 ini. Walaupun tanggungjawab dan amanah yang dipikul sangat berat pada masa sekarang,  ia bukan menjadi satu halangan untuk para guru untuk mendidik para pelajar sehingga mereka berjaya dan menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat,  bangsa dan negara.  Pihak sekolah sentiasa berdoa supaya pandemik ini akan berakhir dengan segera dan sekolah boleh dijalankan seperti sediakala.
















Sumbangan Face Mask dan Hand Sanitizer dari Lion Club Sibu

Pada 4 Mei 2021,  sekolah telah menerima sumbangan Face Mask dan hand sanitizer daripada Lion Club Sibu.  Sumbangan ini disampaikan oleh DG Roland Chieng dan diterima oleh wakil sekolah iaitu PK 1 Cikgu Louis Pasu.  Sebanyak 80 botol hand sanitizers dan 3000keping face mask yang disumbangkan.  Majlis ringkas ini diadakan pejabat Lion Club Sibu.  




Friday, 5 February 2021

PECUTAN SPM KOHORT 2020

Memandangkan SPM menjelang tiba,  pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas pecutan kepada semua pelajar SPM kohort 2020.  Pecutan ini dimulakan selepas PDPC bersemuka di dalam kelas.  Semua pelajar SPM terlibat iaitu pelajar harian tidak dibenarkan balik sehingga pecutan tamat.  Semua kelas pecutan yang diadakan mengikut s.o.p kementerian.



Saturday, 26 September 2020

Mindscaping Sekolah


Halatuju sekolah kita 5 tahun akan datang.  Berusahalah kita sebagai pendidik untuk memajukan anak-anak sekolah yang akan bakal menerajui kepimpinan negara dalam pelabagi bidang di masa hadapan.  Tidak tinggal kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak di rumah dengan penuh kasih sayang serta memberi perhatian yang lebih banyak kepada pendidikan dan sikap anak-anak. Selamat berusaha,  selamat maju jaya.

 

Monday, 7 September 2020

MAJLIS PESARAAN PENGETUA

 Pada 4.9.2020 pukul 1030 pagi,  sekolah telah menganjurkan Majlis Pesaraaan untuk pengetua di Dewan seri kenyalang.  Tujuan Majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada beliau mengenai sumbangan yang telah beliau laksanakan di sekolah sepanjang perkhidmatannya.  Semua guru dan ketua tingkatan (pelajar) berada di dewan untuk meraikan majlis tersebut.  Majlis dimulakan dengan mengiringi pengetua dari pejabat,  kemudian nyayian lagu negaraku dan ibu pertiwiku,  disusuli dengan persembahan-persembahan lain.  Majlis disambut secara sederhana dengan mengikuti s.o.p yang dibenarkan.  Majlis ditangguhkan pada jam 1200 tengahari.









Thursday, 3 September 2020

TAKLIMAT TS25 KEPADA IBU BAPA

 Pada 28.8,2020,  semasa ibu bapa menuntut KWAPM yang disalurkan oleh KPM,  Pihak sekolah mengambil peluang untuk menjelaskan kepada mereka mengenai Transformasi sekolah 2025.  Ibu bapa perlu diberi kesedaran supaya bersama-sama menjayakan program transformasi sekolah ini.  Dianggarkan 200 orang ibu bapa Tingkatan 1 yang hadir pada hari berkenaan.  Taklimat TS25 disampaikan oleh Cikgu Ibrahim PK KK sekolah.  Berikut adalah gambar semasa taklimat diadakan :







Thursday, 20 August 2020

PROGRAM Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


Mempromosikan Program Transformasi Sekolah 2025 kepada Komuniti luar.  Ramai yang tanya apa maksud Program Transformasi Sekolah 2025 TS25? Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM.

Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengcin kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah.

Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.

Menjelang tahun 2021pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Matlamat Program TS25 adalah untuk:

2.1. Kepimpinan :

Memantapkan kepimpinan sekolah.

2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;

Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.3. Penglibatan Komuniti;

Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

 

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Objektif utama Program TS25 adalah untuk:

3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);

3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan

3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.

Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.

Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

 

sumber :  https://www.pendidik2u.my/program-transformasi-sekolah-2025-ts25/

 

Friday, 14 August 2020

MOTIVASI TINGKATAN 5

 Pada 10 - 14.8.2020,  Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan motivasi kepada semua pelajar Tingkatan 5 dari kelas ke kelas.  Tujuan motivasi ini adalah untuk meningkatkan semangat juang pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.  Selain itu mendidik para pelajar supaya sentiasa mengambil berat pasal pelajaran dan sikap.  Para pelajar juga dikehendaki menjawab soal selidik masalah murid untuk gbk mengenalpasti masalah dikalangan mereka.  Motivasi ini dikendalikan oleh Cikgu Louis,  Catherine dan Mitchell.  Berikut adalah gambar semasa motivasi dijalankan.