VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday 30 October 2018

MAJLIS KEBERKATAN ILMU FORM 6

Pada 26.10.2018,  Unit B&K dan Tingkatan 6 mengadakan majlis keberkatan ilmu pelajar form 6.  Tujuan majlis ini ialah untuk memberkat segala ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar sebelum ini.  Selain itu memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar sebelum peperiksaan STPM pada 13.11.2018.  Majlis dimulakan pada jam 1030 pagi dengan bacaan doa oleh cikgu Janting,  seterusnya ucapan daripada PK form 6,  disusuli ucapan pengetua dan majlis bersalaman.  Majlis juga disajikan dengan tayangan aktiviti sepanjang tahun form 6 serta video motivasi bekas pelajar form 6.  Para pelajar dan guru seterusnya menikmati makanan yang disediakan oleh pihak sekolah.  Majlis bersurai pada jam 1200 tengah hari.















LAWATAN PASCA PT 3

Pada 24.10.2018  Unit B&K dan guru subjek membawa pelajar melawat ke UCTs dan Kolej Laila Taib.  Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan yang ada di kolej dan universiti berkenaan.  Selain itu bertujuan untuk membuka mata dan minda pelajar mengenai gaya pembelajaran di universiti atau kolej.  Seramai 79 orang pelajar dan 6 orang guru terlibat dalam lawatan ini.  Semua peserta termasuk guru menaiki 3 bas yang ditempah khas oleh pihak sekolah.  Lawatan bermula jam 7 pagi dari sekolah.  Rombongan sampai di Kolej laila Taib pada pukul 0815 pagi.  Rombongan disambut oleh Puan Andreas selaku pegawai pemasaran kolej.  Beliau membawa pelajar melawat ke sekitar dan seterusnya menyampaikan taklimat berkenaan universiti.  Lawatan kedua rombongan ilah ke UCTS,  para rombongan disambut oleh pegawai-pegawai yang bertugas.  Rombongan dibawa ke dalam dewan kuliah seterusnya mendengar taklimat yang disampikan oleh pensyarah Dr. Ramli.  Selepas mendegar taklimat rombongan dipecahkan ke beberapa kumpulan lalu dibawa melawat ke kawasan sekeliling termasuk dalam bilik khas seperti library,  bilik pameran,  bilik rehat pelajar dan lain-lain tempat.  Sebelum balik para rombongan diberi makan minum oleh pihak universiti.  Lawatan tamat pada jam 1230 tengahari,  semua rombongan bertolak balik ke sekolah.  Sebelum sampai di sekolah,  para rombongan dibawa melawat ke tokong Cina diyakini terbesar di Asia Tenggara.  Lebih kurang 30 minit di dalam kawasan tokong,  rombongan bertolak balik ke sekolah dan akhirmya sampai di sekolah pada jam 0130 petang.


















PASCA PT 3

Selepas tamat pentaksiran PT 3,  semua pelajar Tingkatan 3 terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh unit B&K.  Selain pendidikan di dalam kelas,  para pelajar turut terlibat dengan aktiviti sukan dan permainan,  projek khidmat masyarakat dan lain-lain projek yang diurus sendiri oleh guru subjek.  Tujuan penglibatan pelajar dalam pelbagai program yang dirancang ialah untuk membina semangat kekitaan,  bekerjasama,  tolong-menolong,  rajin,  berdispin,  menimba pengetahuan dan sebagainya.









PROGRAM ANTI ROKOK

Pada 12.10.2018,  Unit B&K mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang didapati merokok dan termasuk pelajar-pelajar yang tidak merokok.  Tujuan ceramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bahaya rokok kepada kesihatan diri dan orang sekeliling.  Para pelajar ditunjukkan gambar-gambar bahaya akibat merokok,  kesan merokok dan cara mengatasi untuk berhenti merokok.  Ceramah ini disampaikan oleh Guru B&K Cikgu Louis Pasu.









Thursday 4 October 2018

Kem ICT

Pada 28-30.9.2018,  Kem ICT telah diadakan di sekolah ini yang dikendalikan oleh Sarawak Information System sdn. bhd (SAINS).  Seramai 180 peserta yang terlibat menjayakan ke ICT ini.  Tujuan utama kem ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi dalam pengkomputeran dan aplikasi system.  Para guru juga dijemput bersama-sama pelajar menjayakan kem ini sepanjang 3 hari.  Kem ini ditangguhkan pada hari Ahad dihadiri oleh En. Mohamad Noor dari PPd Sibu.