VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Monday 21 March 2016

Perkhemahan unit Kokurikulum

Pada 11.3.2016 - 14.3.2016,  sekolah telah menganjurkan perkhemahan unit kokurikulum di tapak perkhemahan yang berhampiran dengan kawasan sekolah.  Tujuan perkhemahan ini adalah untuk membina kekuatan dari segi jasmani,  emosi,  rohani dan intelek di kalangan pelajar.  Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ini.  Antara aktiviti sepanjang perkhemahan ini ialah pertandingan membina gajet seperti pintu gerbang,  persembahan,  ikatan dan lain-lain.  Semua guru melibatkan diri dengan aktif dari pagi sampai ke malam.



Gambar kenanagan perserta denga guru

Keselamatan pergi dan balik

Bermulanya cuti,  para guru dan pihak pengurusan akan memastikan para pelajar berada dalam keadaan selamat apabila balik ke rumah masing-masing ketika mereka menunggu bas/van.  Selain itu para guru juga ditempatkan di kawasan yang berisiko seperti pintu gate belakang,  kawasan ruang legar,  kantin,  asrama,  dewan badminton dan lain-lain.  Ini untuk memastikan tidak berlaku pelbagai kes yang menimbulkan masalah kepada pelajar dan sekolah.


Thursday 3 March 2016

Keputusan SPM dan STPM melakar sejarah Cemerlang

Keputusan STPM yang baru diumumkan semalam menunjukkan peningkatan yang begitu baik iaitu Gred purata sekolah meningkat dari 2.38 (STPM 2014) kepada 2.50 (STPM 2015).  Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.08 mata.  Seramai 6 orang pelajar mendapat keputusan NGMP 3 ke atas iaitu Kloriena Sayu Sait 3.33,  Jackson Boniface Rengan 3.17,  Alister latan Thornley 3.17,  Geovril louis Kilat 3.17,  Estar Carol Segunggang 3.08 dan Kiew Chiu Chan 3.00.

 Alister Latan
Jackson Boniface Rengan

Manakala,  keputusan SPM sangat membanggakan iaitu Gred purata sekolah 5.48 (SPM 2014) melonjak ke gred purata sekolah 4.84 (SPM kini 2015).  Perbezaan sebanyak 0.64 SPM 2014 dan 2015.  seramai 8 orang pelajar mendapat keputusan 5A ke atas iaitu Jessica Jescylia anak manjah 7A1C,  Ida Freda anak austin 6A2B,  Sunita Sanau ak Engkuang 6A2B1C,  Abby Umang Ak Ambrose 6A2B1D,  Sophia Jelina anak Stanley Kuda 6A2C2D,  Celria anak Kuling 5A4B,  Riena anak Zari 5A3B1C1D dan Chriscythia Tiffany ak Awiele 5A2B2C.  Berikut adalah suasana pelajar mengambil keputusan masing-masing.

 Pengetua menyampaikan ucapan tahniah
Penyampaian slip dan cenderahati kepada pelajar cemerlang
 gambar kenangan bersama pelajar cemerlang
 Sunita Sunau
 Ida Freda
 Jessica Jescylia
 Abby umang












Wednesday 2 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG

Pada 27.2.2016,  pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG di Dewan sekolah bermula jam 7 pagi.  Tujuan mesyuarat agung ini ialah membincangkan pelbagai isu pendidikan, kokurikulum,  hal ehwal disiplin dan lain-lain.  Mesyuarat agung kali ini turut dihadiri Timbalan Residen Sibu Dr. Zufar Brenden Abdullah.  Beliau menyampaikan ceramah kepentingan pendidikan teknikal dan kemahiran kepada pelajar masa kini.  Majlis berakhir jam 12 tengah hari,  semua ibu bapa pulang ke rumah masing-masing.