VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 22 August 2019

CAKNA di Rumah Panjang Sekuau

Pada 21.8.2019,  pihak sekolah yang diketuai oleh Cikgu Shidin melawat ke rumah panjang di kawasan Sekuau.  Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan.  Selain itu,  pihak sekolah ingin melihat keadaan sebenar didikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka di rumah demi kemajuan dalam pelajaran mereka.  Lawatan ini melibatkan beberapa orang guru termasuk PK HEM.  Lawatan dimulakan jam 2 petang dan berakhir 4 petang.













Duit KWAPM Sumbangan Kerajaan

Pada 9.8.2019,  pihak sekolah meyalurkan duit kwapm yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada ibu bapa.  Tujuan pemberian duit kwapm ini ialah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dalam membeli peralatan sekolah anak-anak.  Lebih kurang Rm 30 ribu diberikan kepada anak-anak oleh pihak kerajaan di sekolah ini iaitu setiap seorang menerima RM 150.  Majlis pembahagian duit dilaksanakan dengan lancar bermula jam 1030 pagi dan berakhir 1130 pagi.










Friday 9 August 2019

Aktiviti Bulan Bahasa

Bidang Bahasa telah melakukan pelbagai aktiviti di sekolah dalam usaha menarik minat pelajar dalam bahasa.  Selain itu,  aktiviti yang dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pentingnya bahasa dalam kehidupan kita kerana bahasa adalah medan komunikasi sesama manusia.  Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga untuk membina keyakinan diri pelajar,  bekerjasama dengan rakan dan menambah pengetahuan serta pengalaman.