VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 19 February 2020

Jom ke sekolah

Pada 17.2.2020 unit BK mengadakan perasmian jom ke sekolah peringkat kebangsaan di dewan Seri Kenyalang.  Semua sekolah di seluruh negara mengadakan perasmian yang sama iaitu mendengar ucapan amanat dari ketua polis negara dan Menteri Pelajaran.  Tujuan perasmian jom ke sekolah ini ialah untuk memberi galakkan kepada para pelajar rajin datang ke sekolah serta menimba ilmu untuk bekalan di masa depan.  Program ini dihadiri oleh Inspektor Kumarez dari Balai Polis Sibu dan seorang pegawai polis dari balai Sibu Jaya.  Majlis dimulakan 0730 pagi bertempat di dewan makan sekolah.  Semua pelajar berkumpul di dalam dewan makan memandangkan keadaan hujan yang begitu lebat di luar.  Majlis bersurai jam 9 pagi.











Thursday 13 February 2020

Lawatan Ke rumah pelajar Cicir

Pada 13.2.2020,  Unit B&K dan PK Hem mengadakan lawatan ke rumah seorang pelajar yang lama tidak bersekolah.  Pelajar yang bernama Marcelinus ini tidak bersekolah lebih kurang setahun lebih.  Pelajar ini bekerja on off (kerja binaan) untuk menyara hidup dengan pendapatan RM 400 sebulan.  Ibu bapa selalu bertengkar dengan anak ini supaya dia akan turun ke sekolah.  Ibu bapa menjelaskan sejak Tadika anak ini tidak mahu bersekolah.  Justeru,  jika pelajar ini tidak mahu ke sekolah lagi,  pihak BK mencadangkan supaya anak ini melanjutkan pendidikan di Giat Mara dalam bidang kemahiran seperti elektrikal,  welding,  mekanikal dan lain-lain memandangkan dia sudah mencapai usia 15 tahun.






Tuesday 4 February 2020

Motivasi Kembara Ilmu Form 6

Pada 21.1.2020,  Unit BK dan Tingkatan 6 mengadakan motivasi kembara ilmu di Bilik mesyuarat sekolah.  Bekas-bekas pelajar dari pelbagai universiti tempatan dipanggil untuk menyampaikan motivasi kepada para pelajar.  Tujuan motivasi ini ialah untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar mengenai gaya belajar di IPTA.






Orientasi Tingkatan 4

Pada 14-17.1.2020,  Unit BK mengadakan orientasi Tingkatan 4 di Bilik mesyuarat.  Orientasi Kali ini berlainan dengan tahun lepas iaitu para pelajar diasingkan mengikut kelas dan aliran mata pelajaran.  Para pelajar diberi pendedahan mengenai pendidikan dan peluang pekerjaan mengikut aliran masing-masing.  PK 1 Cikgu Busang diberi peluang untuk menyampaikan ucapan mengenai halatuju dan masa depan pelajar.





Orientasi Tingkatan 1 dan KP

Pada 7-10.1.2020,  Unit BK telah mengadakan orientasi Tingkatan 1 dan KP di dewan sekolah. Tujuan orientasi ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pendidikan di sekolah menengah.  Para pelajar juga diberi pendedahan mengenai peraturan sekolah,  hal ehwal asrama,  pentadbiran,  kurikulum dan kokurikulum.  Dianggarkan 200 orang pelajar Tingkatan 1 dan Kp pada tahun 2020.