VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Saturday 27 June 2015

Hari Muafakat kali kedua

Pada 27.6.2015,  pihak sekolah telaha mengadakan hari muafakat kali kedua.  Objektif program ini ialah untuk membincangkan hal ehwal akademik dan sikap anak-anak.  Seramai 291 orang ibu bapa yang hadir dalam menjayakan program ini.  Kali ini para pelajar yang terlibat ialah Tingkatn 3,  5 dan 6.  Penceramah khas juga dijemput iaitu Cikgu Asmadi bin hj Johari dari SMK Kampung nangka untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar.  Selepas selesai ucapan dan motivasi di dewan,  para pelajar dikehendai membawa ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan di kelas masing-masing.

Barisan pengurusan bersama ibu bapa,  penceramah di dalam dewan
Pelajar dan penceramah Cikgu Asmadi bin Hj Johari

Wednesday 24 June 2015

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

Pada 23.6.2015 pukul 0700 petang,  semua pelajar lelaki asrama berkumpul di dewan seri kenyalang.  Tujuannya adalah untuk mendengar ceramah motivasi dari Cikgu Shidin dan Cikgu louis.  Ceramah pertama yang disampaikan oleh cikgu shidin menyentuh mengenai displin dan hal ehwal murid,  manakala ceramah kedua disampaikan oleh Cikgu louis menyentuh Hal ehwal cabaran kehidupan semasa dan globalisasi.  Ceramah berakhir jam 0930 malam,  pelajar minum malam dan balik ke asrama masing-masing.
 ceramah oleh Cikgu Shidin (ketua waden)
Ceramah oleh Cikgu Louis (Guru kaunseling)

Tuesday 16 June 2015

LAWATAN PENGAWAS ASRAMA KE BANDARAYA KUCHING

 Lawatan Ke UNIMAS
 Lawatan Ke Jong Crocodlie
Lawatan ke Kampung Budaya

Saturday 6 June 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA

Sambutan Hari guru peringkat sekolah anjuran bersama ibu bapa diadakan pada 29.5.2015.  Sambutan kali ini begitu meriah kerana disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang dipimpin oleh Cikgu Janting Abau.  Aturcara bermula dengan aktiviti di dewan iaitu dimulakan dengan ucapan,  bacaan ikrar,  nyanyian Guru Malaysia,  pemotongan kek dan persembahan serta ucapan wakil pelajar.  Kemudian,  majlis makan di Tingkatan 6 dan para guru kemudian melawat ke ke seluruh tingkatan.  Ibu bapa juga menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan Majlis tersebut.
 Sambutan pelajar di luar sebelum masuk ke dewan
 Bacaan ikrar oleh Cikgu Louis Pasu
 Acara pemotongan kek
 Persembahan tarian oleh pelajar
 Persembahan oleh para guru
 Majlis makan di kelas anjuran tingkatan 6 bersama ibu bapa
Majlis makan/jamuan di dalam kelas anjuran tingkatan masing-masing