VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Monday 31 July 2017

Majlis Makan Malam Sempena Pesaraan Cikgu Pamela

Pada 29.7.2017,  sekolah telah mengadakan majlis makan malam di Hotel Paramount sempena pesaraan Cikgu Pamela.  Beliau akan bersara dari perkhidmatan sebagai seorang guru pada 1.8.2017 ini.  Pihak sekolah sekali lagi akan meraikan pesaraan beliau di sekolah dengan melibatkan semua pelajar,  guru dan kakitangan sekolah. 

 Cikgu Pamela (Tengah)
 Cenderamata sumbangan PIBG
 Penyampaian cenderamat dari guru


 Ucapan oleh Cikgu Pamela
Gambar bersama suami (Baju Putih)

Pertandingan antara Kadet Polis Sekolah Menengah Zon Sibu

Pada 29.7.2017,  Kadet Polis Zon Sibu yang melibatkan 20 buah sekolah menengah bertanding kawat kaki di IPD Sibu Sungai Merah bermula pukul 0700 - 1200 th.  SMK Luar bandar menghantar 1 platun yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 6 seramai 32 orang.  Walaubagaimanapun sekolah kita tidak mendapat kedudukan tetapi membawa pulang pingat emas dalam pertandingan menembak pada bulan 4 sebelum ini yang disampaikan pada hari tersebut.

 Johan menembak
Peserta Kawat SMKLBS

Thursday 27 July 2017

Pasar Tani

Pada 14.7.2017,  sekolah menganjurkan projek pasar tani di bawah kelolaan Bidang Teknik dan vokasional.  Pasar Tani dimulakan jam 1000 pagi dan berakhir jam 1200 Th.  Para guru memimpin pelajar dengan membuka gerai dan menyediakan bahan jualan masing-masing.  Semua tingkatan 6 mengambil peluang membuka gerai sebagai satu projek kokurikulum tahunan mereka.  Semua pelajar dan guru melibatkan diri secara aktif menjayakan pasar tani ini.

Salah satu gerai pelajar Form 6
Guru membeli makanan
Pelajar membeli makanan
Pelajar dan guru melawat gerai

Hari Muafakat kali 2

Pada 8.7.2017,  muafakat kali kedua diadakan, tapi kali ini hanya melibatkan kelas peperiksaan iaitu Tingkatan 3, 5, 6 sahaja.  Aturcara program muafakat pada hari itu ialah,  para ibu bapa berkumpul di dewan mendengar ucapan YDP PIBG,  pengetua dan penolong kanan,  manakala para pelajar berkumpul di dalam kelas.  Pukul 1000 pagi kemudian,  semua ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan bersama anak mereka di dalam kelas membincangkan hal ehwal akademik dan disiplin anak-anak.  Majlis bersuari pukul 1200 TH.

 Ibu bapa dan pelajar berjumpa dengan guru tingkatan
 Guru tingkatan memberi penerangan kepada ibu bapa
Ibu bapa dan anak mereka

Wednesday 5 July 2017

Penyampaian hadiah istimewa kepada semua pelajar sempena program guru penyanyang

Pada 21.6.2017,  Unit B&K menghadiahkan pelajar satu pakej alat tulis kepada para pelajar sempena program guru penyanyang peringkat sekolah.  Aturcara program pada pagi itu dimulai dengan ucapan Kaunselor cikgu Louis,  kemudian disusuli dengan penyampaian alatulis kepada semua pelajar.  Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dikalangan guru dan pelajar.

 Ucapan guru B&K
 Penyampaian sumbangan oleh guru kepada pelajar
 Penyampaian sumbangan oleh guru kepada pelajar

Pertandingan melukis poster guru penyanyang dan warga emas

Pada 17.6.2017,  unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan pertandingan melukis poster pelajr tingkatan 1 untuk aktiviti guru penyanyang dan warga emas.  Seramai 200 lebih pelajar tingkatan 1 menyertai pertandingan ini.  Tujuan pertandingan ini adalah memberi kesedaran kepada pelajar pentingnya menghargai warga emas.  Para peserta yang memenangi pertandingan akan menerima hadiah yang disumbangkan oleh pihak sekolah.  Saguhati turut diberikan sehingga kedudukan nombor 20.