VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 2 August 2017

Perasmian Bidang Kemanusiaan

Pada 2.8.2017,  pihak sekolah dibawah bidang kemanusiaan mengambil peluang dengan mempromosikan pelbagai aktiviti sepanjang bulan 8 ini.  Antara aktiviti yang akan dipertandingkan ialah seni lukis,  kajian sejarah,  pendidikan islam dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kemanusiaan. Para pelajar digalakkan mengambil bahagian untuk merebut kedudukan sambil menimba ilmu pengetahuan.  Semua Tingkatan boleh mengambil bahagian untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan.






Majlis Persaraan Cikgu Pamela di Sekolah





Tanggal 1.8.2017,  Majlis persaraan Cikgu Pamela diadakan cukup meriah disekolah.  Para guru dan pelajar bersama-sama menjayakan majlis ini bermula 0700 pagi hingga 1100 pagi.  Semua pelajar berkumpul di dewan seri kenyalang.  Aturcara pagi itu dimulakan dengan thumb out kali terakhir di dalam pejabat am,  kemudian pesara diringi ke dalam dewan perhimpunan.  Pelbagai aktiviti disediakan di dalam dewan.  selepas tamat acara di dewan,  pesara disajikan dengan makan minum termasuk semua guru.  Selepas itu acara perarakan sepanjang jalan sehingga ke pintu masuk sekolah.  Semua pelajar berbaris di sepanjang jalan,  manakala,  semua guru mengiringi pesara sehingga ke pintu gate sekolah.  Pesara kemudian dihantar balik ke rumah oleh ajk yang terlibat.