VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday 28 August 2018

LAWATAN SETIAUSAHA SULIT KEMENTERIAN KERJA RAYA

Pada 28.8.2018,  sekolah dilawati oleh setiausaha sulit kementerian kerja raya iaitu Encik Zakaria untuk meninjau dan berbincang dengan pihak sekolah berkenaan dengan permasalahan infrastrukur di sekolah.  Pihak kementerian cuba untuk membantu segera jika timbul sebarang kesulitan di sekolah.  Sesi perbincangan dimulakan pukul 1000 pagi dan berakhir dengan lawatan sehingga jam 1230 petang.  Perkara mutahak yang perlu disegerakan ialah masalah tangki air utama sekolah yang bocor yang menyebabkan gangguan bekalan air di seluruh kawasan sekolah.  Masalah ini dijanjikan akan diselesaikan dengan segera mungkin bagi mengelakkan pembaziran air berlaku.




PERKHEMAHAN

Pada 17-19.8.2018,  sekolah telah mengadakan perkhemahan unit-unit kokurikulum yang disertai 80 orang pelajar tingkatan 1-4.  Perkhemahan diadakan di tapak khas berhampiran kawasan sekolah yang sesuai untuk pelbagai aktiviti.  Sepanjang 3 hari perkhemahan,  banyak aktiviti disediakan seperti kawat kaki,  membina gajet dan pintu gerbang,  memasak,  jungle tracking,  persembahan kebudayaan dan lain-lain.  Tujuan perkhemahan ini adalah untuk membina kesedaran di kalangan pelajar cara hidup berdikari,  membina kecergasan,  ketangkasan,  membina sikap kerjasama,  tolong-menolong dan sebagainya.  Pada hari Ahad,  majlis perkhemahan dan penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Cikgu Busang PK 1.








Wednesday 8 August 2018

PENGAGIHAN BANTUAN KWAPM

Pada 7.8.2018,  pihak sekolah menyerahkan bantuan KWAPM kepada ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan 1.  Jumlah bantuan Kwapm kepada pelajar yang layak ialah RM 150 seorang.  Seramai 161 orang pelajar Tingkatan 1 yang layak menerima Kwapm.  Semua Ibu bapa berkumpul di dewan bermula jam 0930 pagi.  Bantuan dapat diagihkan bermula jam 1100 pagi dengan kerjasama daripada semua guru tingkatan 1.  Jumlah keseluruhan bantuan Kwapm dari kerajaan pada tahun ini ialah RM24150. 







Friday 3 August 2018

MOTIVASI TINGKATAN 3

Pada 3.8.2018,  Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3.  Tujuan motivasi ini untuk meningkatkan semangat juang dan belajar di kalangan pelajar.  Motivasi ini diadakan pada pukul 1030 - 1130 bertempat di bilik mesyuarat.  Penceramah motivasi kali ini ialah Cikgu Catherine Anak Bungap Guru Kaunseling sekolah.  Seramai 50 orang pelajar menyertai motivasi ini dengan harapan mereka akan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam PT3 yang akan datang.







PERASMIAN AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN

Pada 3.8.2018,  Unit Bidang Kemanusiaan sekolah telah merasmikan program yang bakal dijalankan oleh mereka sepanjang bulan 8 ini.  Program ini mencakupi pelbagai insaniah selaras dengan maksud atau pengertian kemanusiaan.  Manusia dibentuk bukan semata-mata untuk bijak pandai dalam akademik,  tetapi sikap yang baik sangat perlu untuk membentuk kehidupan bermasyarakat pada hari ini.  Manusia yang bijak tetapi sikap yang buruk sekaligus merosakkan sistem sosial masyarakat lalu menyumbang kepada keganasan serta menghancurkan negara.  Justeru,  sekolah sangat memainkan peranan untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dalam Jasmani,, emosi, rohani dan sosial di masa depan.  Berikut adalah gambar-gambar majlis perasmian bidang kemanusiaan :