VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday 16 March 2018

Keputusan SPM 2017

Keputusan SPM diumumkan pada 15.3.2017 menyaksikan peningkatan gred purata dari 5.21 kepada 4.93.  Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus dalam meningkatkan kemajuan akademik dan kokurikulum pelajar.  Pada hari keputusan diumumkan,  semua pelajar lepasan spm 2017 berkumpul di dalam dewan.  3 orang pelajar mendapat keputusan terbaik iaitu Ester Intang Anak Sangau (1A+2A3A), Gilbert Mong anak Ali (3A3A-) dan Peter Akat (1A+3A2A).  Manakala,  4 orang lagi mendapat 5A iaitu Nardila Bt Hafid (4A, 1A -),  Jitta Anak Jessy Jamau (5A-),  Roderik Renggie Anak Stanley Kuda (2A, 3A-) dan Catherine Anak Ajut (1A+, 3A, 1A-).  Keseluruhan kategori sekolah menengah luar bandar Sibu,  SMKLBS mendapat tempat ke 20 dari 22 sekolah gred purata dibawah 5.00.

 Ucapan pengetua
 Ester Intang anak Sangau
 Peter Anak Akat



Thursday 8 March 2018

Jamuan Awal Tahun

Pada 3.3.2018,  sekolah telah menganjurkan majlis makan awal tahun dan sambutan Tahun baru Cina di Hotel Primier.  Semua kakitangan sekolah bersama-sama menjayakan majlis ini.  Tujuan majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan staff,  menggalakan semangat berpasukan dan meningkatkan motivasi untuk berkshidmat dengan cekap semasa bertugas.







Sukan Tahunan

Pada 27,28,1.3.2018,  SMK Lbs mengadakan sukan tahunan mempertandingkan 6 rumah sukan iaitu Linggir,  Patinggi Ali,  Banting,  Rentap,  Rosli Dhoby dan Sharif Masahor.  Para pelajar dengan aktif menyertai pelbagai acara balapan dan padang.  Sepanjang 2 hari sukan berlangsung,  keadaan cuaca yang kurang meuaskan menyukarkan peserta untuk bersaing dalam acara yang dipertandingkan.  Kali ini,  rumah sukan di kedudukan pertama ialah Rosli Dhoby,  diikuti Sharif Masahor,  Rentap,  Linggir,  Banting dan Patinggi Ali.