VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 21 February 2018

Jom Ke Sekolah

Pada 21.2.2018,  pihak sekolah dibawah unit bimbingan dan kaunseling menjemput pegawai perhubungan sekolah untuk menyampaikan ucapan sempena program jom ke sekolah.  Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar datang ke sekolah menimba ilmu pengetahuan dan bebas daripada salah laku.  Pada hari berkenaan,  pengetua dan PK Hem turut menyampaikan ucapan dan peringatan kepada para pelajar,  disusuli dengan aku janji oleh semua pelajar.  Wakil pegawai perhubungan yang datang ke sekolah ialah Pn. Dorsin anak Rabi dari Cawangan Gerakan IPD Sibu.  Program dimulakan jam 645 pagi dan berakhir 0730 pagi.

 Ucapan pengetua
 Ucapan Sarjan Dorsin Anak Rabi
 Aku janji pelajar
 Aku janji pelajar dipimpin oleh Let won Tingkatan 4
 Barisan pengurusan
Ucapan PK HEM

Ceramah Motivasi ICATS

Pada 12.2.2018,  Kolej ICATS menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar Tingkatan 5 di dalam bilik mesyuarat.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran pelajar dalam pendidikan dan masa depan.  Ceramah ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.




Ceramah Tingkatan 6

Pada 2.2.2018,  Guru-guru Tingkatan 6 menganjurkan ceramah motivasi kepada semua pelajar Tingkatan 6.  Ceramah ini disampaikan oleh pengetua,  PK 1,  dan bekas pelajar Tingkatan 6.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran pelajar mengenai pendidikan dan masa depan.

 Ucapan PK 1
 Ucapan pengetua
 Semua pelajar Form 6
 ceramah bekas pelajar
ceramah bekas pelajar

Bantuan Awal Persekolahan

Pada 13.2.2018,  sekolah menyalurkan bantuan awal persekolahan yang diagihkan kerajaan kepada semua pelajar yang ibu bapa pendapatan di bawah RM 3000 sebulan.  Setiap orang pelajar yang layak akan mendapat RM 100 seorang.  YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun dan isteri merasmikan majlis penyerahan bantuan awal persekolahan lalu menyampaikan ucapan dan amanat berkenaan dasar-dasar kerajaan.






Tuesday 20 February 2018

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Pada 10.2.2018,  PIBG mengadakan mesyuarat Agung di Dewan Seri Kenyalang sekolah bermula pukul 0700 - 1200 Th.  Tujuan mesyuarat agung ini untuk membincangkan pelbagai isu yang melibatkan sekolah dalam bidang akademik,  disiplin,  sukan dan permainan dan kemudahan sekolah. Seramai 401 orang ibu bapa yang hadir menjayakan program ini.

 Penyampaian cenderamata kepada Pn. Chumang Setiausaha politik YB Datuk Joseph Entulu.
Ibu Bapa dan guru