VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Monday 15 February 2016

English Day

Pada 3.2.2016,  perasmian "English Day" oleh pengetua diadakan pada hari perhimpunan.  Tujuan English day ini ialah untuk membina kesedaran pelajar supaya sentiasa Berbahasa Inggeris dalam bercakap selain menggunakan Bahasa Melayu dan Ibunda.


Ceramah Kolej MSU

Pada 3.2.2016,  pihak sekolah didatangi oleh Kolej MSU.  Tujuan pihak kolej datang untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.  Ceramah motivasi ini bertujuan untuk membina kesedaran pelajar mengenai pendidikan dan masa depan.  Ceramah bermula selepas waktu rehat dan berakhir tengah hari.



Orientasi Tingkatan 4

Pada 13.1.2016,  unit B&K mengadakan orientasi Tingkatan 4.  Tujuan orientasi ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan di Tingkatan 4,  selain itu membina motivasi belajar dikalangan pelajar.  Program orientasi ini dijalankan selama 2 hari melibatkan para pengurusan,  guru kauseling dan ketua bidang dan bekas pelajar.

ceramah pengetua

 ceramah B&K
 pembentangan pelajar
motivasi bekas pelajar

LAWATAN SMK JULAU

Pada 23.1.2016,  SMK Julau membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini.  Tujuan lawatan ini ialah untuk berkongsi ilmu dalam membangunkan pendidikan dan prasarana sekolah.  Antara tempat-tempat sekolah yang dilawat ialah asrama,  bilik guru,  bilik kaunseling,  pejabat,  perpustakaan,  bilik boss dan kawasan sekitar sekolah.  Seramai 40 orang murid dan 10 orang guru dari SMK Julau.  Para waden dan pihak pengurusan sekolah bersama-sama menjayakan lawatan ini yang diadakan pada hari Sabtu.

lawatan ke asrama

Pelajar dan guru