VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Sunday 18 December 2022

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN AKP 2022

Pada 9/12/2022,  semua guru dan AKP bersama-sama menjayakan majlis makan malam di Hotel Paramount Sibu. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk menghargai jasa dan sumbangan guru sepanjang tahun 2022.  Majlis ini diselaraskan oleh Cikgu wong Siao Jhieng serta dibantu oleh AJK guru dan AKP.  Pelbagai aktiviti diadakan seperti penyampaian hadiah kepada Cikgu Hasan yang akan bersara,  persembahan nyanyian para guru/AKP dan cabutan bertuah.  Majlis dimulakan pada pukul 630 petang dan berakhir 0830 malam. Berikut ialah gambar sepanjang majlis :


























MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN 2022

Pada 7/12/2022,  pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Tahunan atau Majlis Apresiasi.  Tujuan Majlis ini diadakan ialah untuk mengiktiraf semua pencapaian pelajar dalam kurikulum,  Kokurikulum dan sahsiah pelajar.  Majlis ini dimulakan seawal 0730 pagi dan bersurai pada 0930 pagi.  Ibu bapa juga dijemput untuk bersama-sama meraikan kejayaan anak-anak mereka. Berikut ialah gambar semasa majlis dianjurkan :














MAJLIS PESARAAN CIKGU HASSAN

Pada 29.11.2022 pihak sekolah mengadakan sambutan majlis pesaraan Cikgu Hasan Bin Samu.  Penempatan pertama beliau sebagai guru terlatih ialah di SK Penghulu Imban pada 3.1.1990.  Kemudian beliau berpindah ke SK Ladang 3 sebagai Penolong Kanan Kurikulum pada 1.6.1998.  Kemudian pada 1.1.1999, beliau betukar ke SK St. Mathew sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.  Kemudian beliau melanjutkan pelajaran serta mendapat Ijazah Sarjana Muda.  Pada 1.1.2022 beliau ditempatkan di SMK Luar Bandar No.1 Sibu sebagai guru akademik.  Pada 1.1.2009,  beliau dilantik sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama.  Beliau menjawat jawatan ini sehingga 9.2.2020 dan akhirnya meletak jawatan kerana atas faktor kesihatan. Pada hari ini pihak sekolah meraikan pesaraan beliau sebagai guru yang banyak berjasa serta banyak sumbangan yang telah berikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.  Berikut ialah gambar kenangan pesaraan beliau :