VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 22 November 2017

Aktivit Pasca PT 3

Pada 22.11.2017,  Pasca PT 3 bersama dengan guru-guru membuat aktiviti BBQ di padang asrama Orkid.  Aktiviti ini bertujuan untuk menghargai sumbangan pelajar Tingkatan 3 dalam membantu guru-guru mereka menjayakan program PT 3.  Selain itu,  ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan murid dan guru.  Semua guru dijemput bersama-sama menjayakan BBQ ini.





Jamuan Akhir Tahun Staff

Pada 18.11.2017,  warga sekolah berkumpul bersama - sama di Hotel Kingwood untuk meraikan jamuan akhir tahun sempena menghargai semua jasa warga sekolah termasuk PIBG yang telah menjayakan pembangunan sekolah dalam kurikulum,  kokurikulum,  disiplin,  pembangunan prasarana dan lain-lain.  Majlis bermula pukul 0700 petang dan berakhir jam 0930 malam. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang majlis seperti cabutan bertuah,  karaoke,  dan lain-lain persembahan.

 persembahan guru dan PIBG
 En. Mozhor

 Cikgu Belong
 Cikgu Judo
 Cikgu Thomas
Cikgu Louis

Wednesday 8 November 2017

Lawatan Pasca PT 3

Pada 31.10.2017,  Unit B&K membawa pelajar form 3 melawat ke Maritim akademi,  UCTS dan kolej Laila Taib.  Tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan pendidikan tinggi di Institusi kerajaan atau bukan kerajaan.  Lawatan ini diiringi oleh Cikgu louis an Catherine.  Seramai 92 orang pelajar terlibat.
 sarawak maritim akademi
KLT
UCTS

Majlis Anugerah kecemerlangan 2017

Pada 3.11.2017,  sekolah telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan di dewan seri kenyalang.  Majlis ini menganugerahkan sijil penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik,  kokurikulum dan sahsiah dan guru/kakitangan sokongan yang berjaya dalam pengurusan sekolah.  Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha politik Pn. Chumang.  Kehadiran tetamu-tetamu lain ialah guru-guru besar,  ajk PIBG dan ibu bapa.  Majlis dimulakan pada pukul 0730 pagi dan ditangguhkan jam 1130 pagi.


Majlis keberkatan ilmu form 6

Pada 2.11.2017,  Unit Tingkatan 6 telah menganjurkan majlis keberkatan ilmu untuk semua pelajar form 6.  Tujuan majlis ini untuk memberkati semua pelajar dan meningkatkan semangat motivasi pelajar supaya sentiasa terus berusaha.  Majlis dimulakan dengan ucapan PK,  PK 1,  pengetua dan guru-guru lain.  Para pelajar ditayangkan dengan slide aktiviti form 6 tahun 2017,  kemudian majlis bacaan doa oleh cikgu Janting dan kemudian bersalaman,  dan akhir sekali majlis makan  minum.




Majlis keberkatan ilmu Form 5

Pada 30.10.2017,  Unit B&K mengadakan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar form 5 di dewan seri kenyalang.  Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberkati ilmu yang diberikan kepada pelajar sepenjang tempoh mereka belajar di sekolah ini,  selain itu,  meningkatkan motivasi pelajar supaya sentiasa terus berusaha untuk mengejar kejayaan hidup.  Semua pelajar form 5 dan guru-guru berkumpul di dalam dewan.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa,  ucapan pengetua,  ucapan pelajar dan bersalaman.



Seminar BLD Plantations (KTS Group)

Pada 26.10.2017,  sekolah dihadiri oleh Syarikat BLD Plantations yang telah memberikan ceramah berkenaan latihan kemahiran perladangan selepas pelajar menamatkan pendidikan Tingkatan 5.  Syarikat ini menyediakan latihan peringkat diploma dengan penyediaan kemudahan penuh seperti asrama atau tempat tinggal.  Para pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok wing dengan biasiswa tajaan penuh.  Semua pelajar tingkatan 6 dan 5 diberi peluang mendengar ceramah pada hari itu.  Selepas ceramah para pelajar ditemuduga sebagai syarat pengambilan kemasukan.

 ceramah
sesi temuduga