VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday 27 October 2023

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2023/2024

Pada 27/10/2023,  pihak sekolah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2023/2024.  Lembaga Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Ling Eung Fu,  Cikgu Mackie,  Cikgu Wai Kok Hoong,  Siti Rohani,  So Kui Mui,  Cikgu Farid telah menjayakan majlis pelantikan pengawas ini.  Pengawas baharu telah dilantik dalam usaha untuk membantu melicinkan pentadbiran sekolah.  Majlis disempurnakan oleh Pengetua Wong Tung Ang.










HARI SUKAN TARA 2023

Pada 20/11/2023,  pihak sekolah telah mengadakan Hari Sukan Tara untuk semua pelajar.  Pelbagai acara yang dipertandingkan semasa sukan tara ini seperti Badminton,  lontar peluru,  futsal,  bola tampar,  larian 100 meter dan lain-lain.  Semua pelajar sekurangya terlibat dalam 1 acara yang dipertandingkan.  Sekolah berada dalam suasana yang mengembirakan iaitu para guru juga terlibat sama dalam acara tarik tali.  Aktiviti sukan ditamatkan pada pukul 1100 pagi.  Semua pelajar berkumpul di dataran perhimpunan untuk majlis penyampaian hadiah dan penangguhan.  Berikut ialah sebahagian gamar-gambar sepanjang aktiviti sukan diadakan :















Wednesday 4 October 2023

RUJUKAN GRAFIK SASARAN SPM 2023

Rujukan Grafik sasaran SPM 2023.  Pihak sekolah sentiasa berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang disasarkan ini.  Semua pihak termasuk PIBK sentiasa bertungkus lumus untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Semoga tahun ini akan memperoleh keputusan yang membanggakan.




Tuesday 3 October 2023

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA LAW SIE YIENG

Pada 15/9/2023,  sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Pengetua Law Sie Yieng yang akan meneruskan perkhidmatan beliau di SMK Chung Cheng Sibu.  Beliau telah berkhidmat selam 2 tahun 7 bulan di sekolah ini.  Banyak sumbangan yang telah beliau berikan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini dalam aspek akademik,  HEM dan kokurikulum.  Berikut ialah gambar majlis perpisahan di Hotel Paramount Sibu :