VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 15 May 2019

PERKHEMAHAN KRS PERINGKAT DAERAH SIBU

Sekolah kita telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran perkhemahan KRS peringkat Daerah Sibu pada 25.4.2019.  Beberapa buah sekolah telah menghantar sekurangya 10 peserta untuk menjayakan perkhemahan ini.  Tujuan perkhemahan ini ialah untuk mendidik para peserta berdikari dalam kehidupan,  menyemai sikap bekerjasama,  mengeratkan hubungan silaturahim dan lain-lain.  Perkhemahan ini diadakan 3 hari 2 malam. 







HARI GURU DAN GAWAI RAYA DI TANAHMAS HOTEL

Malam 4.5.2019 sekolah telah mengadakan hari guru dan gawai raya di Hotel Tanahmas.  Tujuan perayaan ini disambut untuk menyemai ikatan dikalangan guru dan kakitangan sokongan.  Selain itu,  meraikan perayaan pelbagai kaum adalah amalan yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam pelbagai bansa dan agama.









HARI GURU

Pada 3.5.2019,  sekolah telah mengadakan sambutan hari guru di dewan seri kenyalang.  Tujuan sambutan ini ialah untuk menghargai peranan dan jasa guru dalam dunia pendidikan.  Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan.  Pelbagai persembahan yang menarik daripada para pelajar seperti nyanyian,  tarian.  Selain itu, para guru yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam mp SPM 2018 telah diberi sijil sebagai tanda penghargaan.  Hari guru dimulakan jam 7 pagi dan ditangguhkan pada jam 1030 pagi. 















GOTONG ROYONG PIBG

Pada 4.5.2019,  sekolah telah mengadakan gotong royong bersama dengan ibu bapa.  Gotong royong kali ini melibatkan ibu bapa dari kawasan Tamin hingga Balingian.  Seramai 80 lebih orang ibu bapa bersama-sama menjayakan gotong royong ini.  Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengindahkan kawasans sekolah,  membersihkan kawasan sekeliling dan mengeratkan hubungan dikalangan guru dan ibu bapa.  Program dimualakan seawal pukul 0800 pagi dan bersuari jam 1100 pagi.








LAWATAN KSU KPM

Pada 17.4.2019,  sekolah kita telah dilawati oleh KSU KPM.  Tujuan lawatan ini ialah untuk membuat pemantauan berkenaan dengan loji kumbuhan asrama,  tangki high level tank asrama,  van,  dan lain-lain kemudahan yang perlu ditambahbaik untuk warga sekolah.  Pihak sekolah berharap lawatan ini akan membawa banyak perubahan kepada sekolah.  KSU berangkat pulang pada jam 630 petang.










NYANYIAN SOLO PERINGKAT DAERAH SIBU

Pada 17.4.2019,  sekolah kita telah mengantar 2 orang peserta untuk menyertai nyanyian solo di SMK Sacred Heart Sibu.  Hasil daripada pertandingan tersebut,  sekolah kita kategori perempuan mendapat tempat pertama,  manakala kategori lelaki mendapat tempat kedua.  Sekolah kita juga mendapat juara kategori persembahan.  Peserta kita yang menyertai pertandingan ini ialah Morison Mancha dan Ester Elisya Mau (2A).  Jurulatih yang melatih pelajar ini ialah Cikgu Judo dan Cikgu Louis.  Pelajar-pelajar dan guru jurulatih dianugerahkan sijil sebagai penghargaan.


SUKAN TAHUNAN

Pada 15-17.4.2019 sekolah tleah menganjurkan sukan tahunan.  Objektif penganjuran sukan ini ialah untuk mencari bakat pelajar dalam bidang sukan dan permainan.  Selain itu,  untuk memupuk perpaduan dan semangat berpasukan dikalangan guru dan pelajar.  Penganjuran sukan ini melibatkan 6 buah rumah sukan iaitu  Rumah Sukan Banting,  Patinggi Ali,  Syarif Masahaor,  Rosli Dhoby,  Linggir dan Rentap.  Majlis penangguhan sukan ini dirasmikan oleh YB Ir. Christoper Gira anak Sambang Adun Tamin.