VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 30 December 2021

MESYUARAT STAFF/KURI/HEM/KK/T.6 PADA 30.12.2021

Pada 30.12.2021 pukul 0830 pagi,  sekolah telah mengadakan Mesyuarat Staff,  Kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6 dan pelbagai agenda lain yang penting disampaikan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkenaan dengan pengurusan sekolah, termasuk kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6.  Sekolah akan beroperasi semula pada 10 Januari 2022,  justeru para guru dan AKP perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan bermula. Berikut adalah gambar semasa mesyuarat diadakan.



Monday 6 December 2021

LEARNING WALK KELAS 5G (PDPC BAHASA INGGERIS)

 Pada 6.12.2021,  barisan pengurusan mengadakan learning walk ke kelas 5G untuk melihat pengajaran guru Bahasa Inggeris Cikgu Dina. Learning walk ini diketuai sendiri oleh pengetua dan ketua panitia Bi iaitu Cikgu Siew Haw Siong.  Tujuan learning walks ini ialah untuk meningkatkan lagi cara pengajaran bilik darjah yang berkesan di kalangan guru. Secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.  Berikut ialah gambar aktiviti semasa learning walks.










PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG SEJARAH KELAS 5C

Pada 6.12.2021,  Pengetua dan barisan Penolong Kanan serta Ketua bidang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang terbaik dalam mata pelajaran Sejarah.  Pengetua mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid kelas 5C.  Tujuan hadiah ini diberi ialah untuk memberikan semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha meningkatkan pencapaian diri dalam mata pelajaran Sejarah dan juga mata pelajaran lain-lain.  Majlis dilaksanakan secara ringkas pada pukul 0645 pagi dan berakhir 7 pagi. Berikut ialah gambar-gambar semasa majlis.