VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Monday 18 March 2019

KEPUTUSAN SPM 2018

Pada 14.3.2019,  keputusan SPM telah diumumkan di seluruh negara.  Sekolah kita memperoleh keputusan yang begitu baik berbanding tahun-tahun lepas.  Gred purata sekolah telah meningkat kepada 4.63.  Seramai 23 orang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan iaitu 5A dan ke atas.  seorang pelajar mendapat 9A iaitu Roslind Bermas Anak Ragai.  Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat 5A dan ke atas :



























KEPUTUSAN STPM 2018

Pada 12.3.2019,  keputusan STPM telah diumumkan di seluruh negara.  Sekolah kita telah mencapai gred purata sekolah 2.95.  Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik sejak Tingkatan 6 ditubuhkan di sekolah ini.  12 orang pelajar mendapat PNGK melebihi 3.0.  Pelajar terbaik ialah Sophia Anak Dempi mendapat pngk 3.67.  Berikut adalah senarai nama pelajar yang mendapat keputusan melebihi pngk 3.0 :

















Friday 1 March 2019

Ziarah Cakna di Rumah Dindang

Pada 28.2.2019,  Pk hem dan beberapa orang guru melawat pelajar di Rumah Dindang.  Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan sikap,  halatuju dan masa depan anak-anak.  Selain itu tujuan lawatan ini ialah untuk merapatkan hubungan diantara sekolah dengan komuniti setempat. 






Lawatan Universiti Christian Chang Jung

Pada 28.2.2019,  sekolah kita telah dilawati oleh Universiti Christian Chang Jung dari Negara China.  Tujuan lawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan yang ditawarkan di universiti berkenaan,  biasiswa yang diberikan dan lain-lain.  Mereka juga memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.  Selepas taklimat dan motivasi,  mereka dibawa oleh pengetua melawat sekitar kawasan sekolah.