Ibu Bapa

Hari Permuafakatan

Hari Sukan

Peringkat Sekolah

Perkhemahan

Unit Beruniform

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Baca Ikrar

Sempena Program Jom Ke Sekolah

Monday, 25 May 2015

Pra Gawai

Pada 23.5.2015,  pihak sekolah dengan kerjasama PIBG menganjurkan hari Pra Gawai.  Aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang akrab dengan PIBG serta ibu bapa di sekolah.  Selain itu untuk memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Dayak dalam perayaan Hari Gawai.  Majlis ini bermula pada pukul 1030 pagi dan berakhir jam 0100 petang.
 Persembahan Tarian Ngajat oleh pelajar
 Pentas Hari Gawai
 Makanan Tradisional pansuh ayam dan daging sapi
 Ibubapa dan guru
 Ucapan pengetua Mr. Wong Teck Ling
Ucapan YDP Mr Liang Mikui

Gotong Royong PIBG

Pada 23.5.2015,  Pihak sekolah dan PIBG mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan sekolah.  Tujuan aktiviti ini adalah untuk menjamin keselamatan para pelajar dan guru di sekolah.  Kawasan yang dibersihkan ialah menebas rumput di tepi pagar asrama,  mencuci dataran perhimpunan,  membina tapak astaka,  mengecat palang pintu dan lain-lain.  Gotong royong selesai pada jam 1000 pagi.  Aktiviti diteruskan dengan sambutan pra gawai.

RIMUP (Rancangan Intergrasi Untuk Perpaduan)

Pada 23.5.2015,  Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti RIMUP.  Sekolah lain yeng terlibat ialah SMK Jalan Oya.  Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di kalangan etnik,  kaum,  bangsa dan agama di negara ini.  Para peljar disatukan melalui aktiviti sukan dan permainan.  Kali ini,  para peserta menyertai pertandingan bola sepak dan catur. 

Tuesday, 19 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18.5.2015,  Sekolah telah menyambut perayaan Hari guru secara ringkas di dataran perhimpunan.  Sambutan Hari guru ini disambut oleh seluruh sekolah di Negara Malaysia pada hari yang sama ini.  Semua pelajar berkumpul bersama-sama untuk meriahkan sambutan hari tersebut.  Aturcara dimulakan dengan bacaan doa umum oleh ustaz Fariz,  disusuli dengan ucapan pengetua,  bacaan perutusan Pengarah Pendidikan oleh Ustaz Fariz,  kemudian bacaan perutusan Menteri Pendidikan.  Para guru kemudian membuat bacaan ikrar yang dikemudikan oleh Cikgu Louis Pasu,  disusuli dengan lagu "Kami Guru Malaysia",  "Pendidik Bumi Kenyalang".  Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek yang diketuai oleh pengetua.  Seterusnya,  para guru diberi penghargaan oleh pelajar dengan kada ucapan Selamat hari guru.  Majlis dijangka berakhir pada pukul 0800 pagi.  Para pelajar masuk ke kelas dan menduduki peperiksaan serta PdanP diteruskan.
 Pemotongan kek sempena sambutan hari guru
 Ucapan pengetua
 Bacaan perutusan Menteri Pendidikan
 
 Bacaan perutusan Pengarah pendidikan
Sumbangan pelajar "Terima Kasih Cikgu"

Orientasi Tingkatan 6 Rendah Minggu ke-2

Orientasi diteruskan pada minggu kedua, iaitu taklimat oleh cikgu Ibrahim mengenai kepentingan kk dalam memberi 10 markah kemasukan ke IPTA.  Para pelajar diberi kesedaran untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kk pilihan masing-masing.  PK KK Tingkatan 6 memainkan peranan dalam memberikan markah kepada pelajar selain daripada guru-guru kelab,  sukan dan permainan.  selain itu,  pada minggu kedua para pelajar menduduki ujian diagnostik mata pelajaran untuk penempatan kelas masing-masing.
Taklimat KK oleh Cikgu Ibrahim
 Aktiviti Riadah permainan bola tampar
 aktiviti Riadah permainan carom
Pembersihan kelas,  persediaan untuk belajar minggu berikutnya.

Wednesday, 6 May 2015

Pertandingan tarian dan nyanyian Solo peringkat Zon Sibu


Pada 6.5.2015,  SMK Luar Bandar menjadi penganjur Pertandingan Tarian dan Nyanyian solo peringkat Zon Sibu.  Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini ialah SMK Lanang,  SMK Rosli Dhoby,  SMK Jalan Oya,  SMK Sungai merah dan SMK Luar Bandar.  Bagi kategori Nyanyian,  SMK Luar Bandar tempat pertama lelaki,  SMK Rosli Dhoby kedua,  SMK Durin Ketiga.  Kategori nyanyian perempuan, SMK Rosli Dhoby tempat pertama,  SMK Sungai Merah kedua,  SMK Luar Bandar Ketiga.  Manakala,  kategori Tarian,  SMK Sungai Merah Tempat pertama,  SMK Rosli Dhoby kedua dan SMK Luar Bandar ketiga.  Majlis ini ditangguhkan pada jam 3 petang.  
Peserta Tarian
 Hakim nyanyian solo En Clemence Joys
 Peserta nyanyian solo
Pemenang keseluruhan (tempat pertama) Tarian dari SMK Sungai Merah Sibu
 Tempat kedua Tarian keseluruhan dari SMK Rosli Dhoby
Tempat Ketiga SMK Luar Bandar No.1 Sibu



Orientasi Tingkatan 6 Rendah


Pada 6.5.2015,  Tingkatan 6 dan Unit bimbingan dan kaunseling mengadakan program orientasi kepada pelajar tingkatan 6 rendah.  Tujuan utama orientasi ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang PDP Tingkatan 6,  mengenali STPM dan lain-lain.  Orientasi ini diadakan selama 1 minggu.  Seramai 53 orang pelajar yang sudah melapor diri dan menyertai program ini.
Taklimat GBK (Ujian Personaliti) Cikgu Celiaulas Jimbai
 Taklimat pengetua Wong Teck Ling
 Motivasi Halatuju Ting.6 oleh Cikgu Louis Pasu
Taklimat PK Tingkatan 6 oleh Cikgu Janting

Tuesday, 5 May 2015

LAWATAN PNB DI DATARAN SIBU

Pada 25.4.2015,  Pihak sekolah telah membawa para pelajar membuat lawatan ke Dataran Sibu sempena Pameran PNB.  Para pelajar diberi pendedahan mengenai peranan PNB dalam ekonomi.  Selain itu,  para pelajar diberi peluang melawat ke pelbagai gerai pameran seperti bank,  syarikat kenderaan,  chemichal company dan lain-lain.  Hampir semua pelajar sekolah zon Sibu turut terlibat dengan pameran ini,  selain para ibu bapa dan kanak-kanak.
 Para pelajar SMK Luar Bandar yang menyertai lawatan

Keadaan di dalam bilik pameran

Antara syarikat yang menyediakan pameran

PELAJAR Tingkatan 6 Melapor diri Pada 5 Mei 2015

Hari ini,  5 Mei 2015,  pelajar tingkatan 6 melapor diri di sekolah.  52 orang pelajar melapor diri untuk bersiap sedia belajar.  Justeru,  para pelajar telah melihat peluang masuk tingkatan 6 adalah langkah terbaik untuk menjejak kaki ke menara gading.  Pelajar tingkatn 6 akan menjalani program orientasi selama 1 minggu.  Mereka akan diberi pendedahan mengenai kaedah pembelajaran,  subjek yang dipelajari,  peraturan pemakaian,  peraturan sekolah,  motivasi,  halatuju dan lain-lain.  Sekolah ini mempunyai 1 aliran tingkatan 6 iaitu aliran kemanusiaan.  Pelajar diberi peluang untuk memilih belajar perniagaan,  geografi,  ekonomi dan sejarah.
Gambar :  Pelajar Tingkatan 6 melapor diri