VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 29 June 2023

Majlis Penyerahan Slip SPM 2022 08.06.2023

Pada 8.6.2023,  pihak sekolah membuat hari penyerahan slip keputusan SPM kepada bekas pelajas SPM 2022.  Semua pelajar berkumpul di Dewan Seri Kenyalang.  Keputusan SPM 2022 menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.  Gred Purata Sekolah SPM 2022 ialah 4.72.  GPMP semua matapelajaran menunjukkan peningkatan.  Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.










MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan exco PIBG yang baharu.  Selain itu ialah untuk memberitahu kepada semua ibu bapa mengenai aktiviti PIBG sepanjang 2 tahun lepas,  laporan penggunaan duit PIBG,  laporan kemajuan kurikulum,  kokurikulum,  hal ehwal murid dan lain-lain.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.













HARI PERMUAFAKATAN

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan hari permuafakatan.  Semua ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan untuk membincangkan pencapaian akademik,  kokurikulum dan sahsiah anak masing-masing.  Aktiviti permuafakatan dimulakan seawa 10 pagi dan berakhir 1130 pagi. Berikut ialah gambar-gambar aktiviti perjumpaan ibu bapa dengan guru.












SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KEAMATAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 26/6/2023,  pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan peringkat sekolah di Dewan Seri Kenyalang.  Sambutan  ini untuk memperkenalkan adat dan kebudayaan masyarakat yang meraikan. Selain itu untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan warga sekolah.  Sambutan dimulakan pada pukul 1 petang dan berakhir 230 petang.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis diadakan.