VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday 31 March 2015

Bengkel SKMM (Liga Remaja Kreatfi)


Pada 31.3.2015,  pihak sekolah didatangi oleh SKMM.  Kehadiran mereka adalah untuk membimbing pelajar "Bengkel Liga Remaja Kreatif".  Peserta yang turut terlibat dalam aktiviti ini ialah SMK Bawang Asan,  SMK Song dan sekolah lain-lain.  124 orang pelajar bersama-sama menjayakan bengkel ini.
Ucapan pengarah SKMM iaitu Encik Roslan Bin Mohamad
Para pelajar sedang membuat editing video
 Aktiviti bersama pegawai SKMM

LDP Jadual waktu PAJSK

 Pada 30.3.2015 jam 130 petang,  pihak sekolah telah mengadakan LDP yang disampaikan oleh Cikgu Wong Lin He dan Chieng Mee Seng.  Tujuan LDP ini ialah untuk pengenalan sistem jadual waktu guru/kelas dan PAJSK.
 
 LDP jadual waktu oleh Wong Lin He
LDP PAJSK oleh Chieng Mee Seng

Friday 27 March 2015

Pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ke atas dan STPM 2.75 ke atas





Keputusan STPM akan diupdate selepas result ulangan pada 8 april ini

Sudut Kerjaya untuk panduan pelajar





Para pelajar boleh membuat rujukan kerjaya di papan notis kaunseling yang disediakan.  Pilihan kerjaya boleh dirujuk dari peringkat SPM hingga Ijazah

CERAMAH DARI SKMM

27.3.2015,  Sekolah didatangi oleh penceramah dari SKMM.  Ceramah ini memberi penerangan tentang penglibatan pelajar dalam Liga Remaja Kreatif.  Tujuannnya memberi pendedahan kepada para pelajar pentingnya ilmu ICT dan penguasaan dalam teknologi maklumat pada hari ini.  Lebih kurang 100 orang pelajar dari pelbagai tingkatan yang menyertai ceramah ini.

Wednesday 18 March 2015

Perkhemahan Tingkatan 6


Petrkhemahan Tuingkatan 6 diadakan serentak dengan perkhemahan unit KK pada 13-15.3.2015 di tapak perkhemahan.  seramai 33 orang pelajar yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk mendidik pelajar berdikari,  bertanggungjawab dan bekerjasama.  Perkhemahan ini diuruskan sendiri oleh guru-guru tingkatan.

 khemah pelajar
guru dan kaitangan yang terlibat

Friday 13 March 2015

Perkhemahan Unit Bersepadu Kokurikulum pada 13-16.3.2015


Perkhemahan Unit bersepadu kokurikulum SMK Luar Bandar diadakan pada 13-16.3.2015 di tapak perkhemahan yang berhampiran dengan kawasan sekolah.  Persatuan yang terlibat dalam perkhemahan ini ialah kadet Polis,  Bomba,  Pengakap,  Pandu Puteri,  PKBM,  PBSM,  Kadet Remaja dan lain-lain.  Tujuan utama perkhemahan ini ialah membina kesedaran pelajar untuk hidup berdikari,  bekerjasama,  tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat pada hari ini.

 Para peserta perkhemahan
Flora dan fauna laluan jungle tracking
 Aktiviti jungle tracking
keadaan perserta semasa jungle tracking
Aktiviti memasak

MMI KOKURIKULUM (LDP)

Pada 10.3.2015 pukul 0130 petang,  sekolah telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang disampaikan oleh Cikgu Ibrahim berkenaan dengan MMI kokurikulum.  Ceramah LDP ini dihadiri oleh semua guru.

 Para Guru
Cikgu Ibrahim menyampaikan ceramah berkenaan dengan MMI kokurikulum

  
Para guru

Monday 9 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG

Pada 28.2.2015,  Sekolah telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali 1.  Tujuan mesyuarat agung ini ialah untuk membentangkan aktiviti PIBG dan perbelanjaan yang dilakukan PIBG.  Selain itu,  untuk membincangkan pelbagai isu akademik,  kurikulum,  disiplin dan lain-lain pelajar.  Mesyuarat ini hampir melibatkan 600 orang ibu bapa dan berakhir pukul 2 petang.
Para ibu bapa
 Ucapan YDP Cikgu Liang Mikui
 Para Ibu Bapa
 Ibu bapa Bertanya isu
Barisan AJK PIBG

Program PEWARIS oleh Lembaga Pengurusan Asrama

Pada 6 dan 7.3.2015,  pihak sekolah amnya dari Lembaga Pengurusan Asrama telah mengadakan program PEWARIS yang diuruskan oleh Cikgu Minggu Alun.  Program ini melibatkan ibu bapa dan para pelajar asrama.  Ibu bapa dijemput oleh pihak sekolah untuk tinggal di asrama bersama-sama anak mereka.  Pelbagai program diatur untuk merapatkan hubungan dikalangan ibu bapa dan anak-anak.  Selain itu,  Ibu bapa diberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka,  untuk masa depan yang terjamin.
Peserta dikalangan ibu bapa dan guru

Aktiviti karaoke

Aktiviti tarik tali

Ceramah kemahiran belajar oleh Cikgu Celiaulas dan Cikgu Fadly

Tuesday 3 March 2015

Keputusan SPM 2015

Pada 3.3.2015,  pelajar SPM lepasan 2014 melihat keputusan SPM masing-masing di sekolah.  15 oang pelajar mendapat keputusan 4A dan ke atas.  Mereka ialah Veronica Jerami,  Jasmine,  Jean,  Tiffany Peni,  Peter John,  Bonefes,  Diana Tay,  Okhie Belun,  Jeffery Muyang,  Robert Lee,  Jesqsemina,  Jackson,  Peter Randi,  Reemy dan Juliana Michael.
Pelajar melihat keputusan masing-masing

RH Academy mengambil peluang mempromosi program latihan kemahiran

VERONICA JERAMI - 7A

 BONEFES - 4A
 DIANA TAY - 4A
 JACKSON JANIN - 4A
 JASMINE SAMAI -  5A
 JEAN PIEERE - 5A
 JEFFERY MUYANG - 4A
 JESQSEMINA JOHNNY AMAN - 4A
 OHKIE BELUN - 4A
 PETER RANDI - 4A
 REEMY SUPIAN - 4A
PETER JOHN - 5A