VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 28 February 2019

Majlis Pesaraan Cikgu Raden Anak Tedong

Pada 21.2.2019,  sekolah telah mengadakan majlis pesaraan Cikgu Raden di dewan Seri kenyalang.  Maljis dimulakan seawal jam 0930 pagi.  Semua pelajar dan warga sekolah berkumpul di dewan.  Cikgu Raden yang diraikan diiring dari pejabat oleh jawatankuasa persembahan dan protokol.  Pelbagai persembahan diadakan untuk memriahkan majlis tersebut.  Majlis makan juga diadakan dan akhirnya diakhiri dengan majlis lambaian kasih.  Berikut adalah gambar aktiviti semasa majlis tersebut :














Monday 18 February 2019

JOM KE SEKOLAH Peringkat Kebangsaan

Pada 18.2.2019,  pihak sekolah mengadakan program jom ke sekolah peringkat kebangsaan di dataran perhimpunan.  Kali ini program ini dihadiri oleh Inspektor Azuan bin Muhamad dari IPD Sibu (Jabatan Siasatan Jenayah).  Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalinkan kerjasama diantara sekolah dengan Polis dalam usaha membanteras pelbagai gejala salah laku dikalangan pelajar.  Para pelajar mendengar amanat daripada Menteri Pendidikan yang dibaca oleh Cikgu Louis,  manakala amanat KPN dibaca oleh Inspektor Polis.  Majlis ditangguhkan jam 0800 pagi.








Mesyuarat Agung PIBG

Pada 16.2.2019,  PIBG telah mengadakan mesyuarat Agung di SMK Luar Bandar No.1 Sibu pada pukul 0730 pagi.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Wissly Amis Anak Nyalu.  Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan AJK PIBG yang baru untuk tahun 2019-2021.  Pemilihan kali ini masih mengekalkan En. Wissly Amis anak Nyalu kekal sebagai YDP.  Selain pemilihan AJK baru,  mesyuarat ini membentangkan usul yang dibangkitkan oleh ibu bapa,  menjelaskan program yang dianjurkan PIBG tahun ini,  taklimat pra keputusan STPM oleh PK Tingkatan 6,  Taklimat HEM dan Taklimat PK 1.  Majlis kemudian ditangguhkan pada jam 1200 Tengahari.










Friday 1 February 2019

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

Pada 31.1.2019,  Sekolah telah mengadakan mesyuarat Agung koperasi di dataran perhimpunan melibatkan semua pelajar.  Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menjelaskan kepada para pelajar mengenai pendapatan koperasi.  Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 0730 am.




PERHIMPUNAN JOM KE SEKOLAH

Pada 30.1.2019,  Unit B&K mengadakan program jom ke sekolah di dataran perhimpunan melibatkan semua pelajar dan warga sekolah.  Pengisian perhimpunan ini ialah ucapan pengetua,  ucapan PK Hem,  ucapan pegawai polis Inspektor Kumares dan aku janji pelajar.  Tujuan perhimpunan ini ialah untuk membina kesedaran pelajar berkenaan pentingnya pendidikan di masa depan.  Selain itu para pelajar diberi pendedahan berkenaan peraturan dan undang-undang oleh inspektor polis.  Perhimpunan ditangguhkan pada jam 0930 pagi.