VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday 17 April 2018

Ceramah Bahaya Rokok dari Jabatan Kesihatan Sibu

Pada 17.4.2018,  pihak sekolah didatangi oleh Jabatan Kesihatan Sibu yang telah memberikan ceramah bahaya rokok kepada kesihatan tubuh badan.  Seramai 89 orang pelajar lelaki dari pelbagai tingkatan yang terlibat dengan ceramah ini.  Tujuan ceramah ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya rokok.  Program dimulakan jam 0830 dan berakhir pukul 0930 pagi.





Wednesday 11 April 2018

Motivasi Tingkatan 3

Pada 10.4.2018,  Unit B&K mengadakan program motivasi untuk Tingkatan 3.  Tujuan motivasi ini untuk membina kesedaran pelajar mengenai kepentingan akademik di masa hadapan.  Semasa motivasi ini dilaksanakan,  pelajar-pelajar yang cemerlang berkongsi mengenai cara belajar.  Motivasi ini bermula jam 0830-1000 pagi.





Motivasi - Tajuk "Masih Ada Yang Sayang" Tingkatan 1

Pada 5.4.2018,  unit Hem dan B&K mengadakan ceramah dan motivasi kepada pelajar tingkatan 1.  Tujuan ceramah ini adalah untuk membina kesedaran pelajar berkenaan dengan sikap,  tingkah laku,  cara berpakaian dan lain-lain berkenaan disiplin.  Ceramah pertama disampaikan oleh Cikgu Judo dan ceramah kedua disampaikan oleh Cikgu Louis ( menyentuh mengenai bahaya rokok).  Ceramah diadakan pukul 1230-0130 petang.





Saturday 7 April 2018

Hari Permuafakatan 1/2018

Pada 7.4.2018,  pihak sekolah telah mengadakan hari permuafakatan iaitu ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan membincangkan keputusan akademik termasuk sikap anak masing-masing.  Majlis dimulakan seawal 0700 pagi (pendaftaran ibu bapa),  0730 pagi ucapan PK 1,  diikuti ucapan PK Tingkatan 6,  Ucapan pengetua dan ucapan YDP PIBG En. Wisly Amis.  Pukul 0900 ibu bapa berjumap dengan guru-guru di dalam kelas bersama dengan anak-anak mereka.  Aktiviti permuafakatan berakhir lebih kurang jam 1100 pagi.

 Guru menerangkan akademik pelajar
 Guru berjumpa dengan ibu bapa
 Ucapan YDP PIBG
 Ibu bapa
 Ucapan pengetua
 Pendaftaran ibu bapa
Ucapan PK 1
Cenderamata kepada YDP PIBG