VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 30 December 2021

MESYUARAT STAFF/KURI/HEM/KK/T.6 PADA 30.12.2021

Pada 30.12.2021 pukul 0830 pagi,  sekolah telah mengadakan Mesyuarat Staff,  Kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6 dan pelbagai agenda lain yang penting disampaikan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkenaan dengan pengurusan sekolah, termasuk kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6.  Sekolah akan beroperasi semula pada 10 Januari 2022,  justeru para guru dan AKP perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan bermula. Berikut adalah gambar semasa mesyuarat diadakan.



Monday 6 December 2021

LEARNING WALK KELAS 5G (PDPC BAHASA INGGERIS)

 Pada 6.12.2021,  barisan pengurusan mengadakan learning walk ke kelas 5G untuk melihat pengajaran guru Bahasa Inggeris Cikgu Dina. Learning walk ini diketuai sendiri oleh pengetua dan ketua panitia Bi iaitu Cikgu Siew Haw Siong.  Tujuan learning walks ini ialah untuk meningkatkan lagi cara pengajaran bilik darjah yang berkesan di kalangan guru. Secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.  Berikut ialah gambar aktiviti semasa learning walks.










PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG SEJARAH KELAS 5C

Pada 6.12.2021,  Pengetua dan barisan Penolong Kanan serta Ketua bidang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang terbaik dalam mata pelajaran Sejarah.  Pengetua mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid kelas 5C.  Tujuan hadiah ini diberi ialah untuk memberikan semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha meningkatkan pencapaian diri dalam mata pelajaran Sejarah dan juga mata pelajaran lain-lain.  Majlis dilaksanakan secara ringkas pada pukul 0645 pagi dan berakhir 7 pagi. Berikut ialah gambar-gambar semasa majlis.









Friday 26 November 2021

PENCEN MR. LIM GING SOON

 Pada 17.11.2021, sekolah telah mengadakan majlis ringkas untuk pencen Cikgu Lim Ging Soon.  Majlis ini dihadiri oleh beberapa orang guru dan penolong-penolong kanan sahaja. Majlis diadakan di dewan sekolah mengikut s.o.p yang ditetapkan.  Majlis dianjurkan selama satu jam dan tidak melibatkan pelajar-pelajar.  Majlis ini bertujuan untuk mengenag dan memberi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa beliau sebagai guru akademik di sekolah ini.














MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS

Pada 25.11.2021,  pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Pengahrgaan kepada pengawas-pengawas sekolah.  Majlis ini diadakan secara ringkas serta mematuhi s.o.p yang ditetapkan oleh kementerian.  Objektif mengadakan majlis ini ialah untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pengawas dalam membantu melancarkan pelbagai aktiviti sekolah termasuk di asrama.  Semua pengawas dan guru bersama-sama menjayakan majlis ini di dewan dari pukul 1200 hingga 0100 petang.  Berikut ialah gambar-gambar semasa majlis diadakan.










Friday 22 October 2021

HALATUJU SEKOLAH 2021 - 2025

  

Visi KPM:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Misi KPM:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

Visi Sekolah:

Sekolah Unggul Generasi Cemerlang

 

Misi Sekolah:

Membangun Modal Insan Melalui Pendidikan Yang Berkualiti Demi Keunggulan Sekolah

 

 

ROADMAP SMK LUAR BANDAR NO.1: 2021 HINGGA 2025

 

MEMPERKASA KEPEMIMPINAN 2021

Objektif:

1) SLT dan MLT SMKLBS memantapkan pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan dan pengurusan.

2) SLT dan MLT SMKLBS berupaya membantu organisasi melaksanakan transformasi.

 

MENGGEMBLENG ORGANISASI 2022

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mencapai potensi sepenuhnya.

2) Semua warga SMKLBS bertanggungjawab dan bertindak bersama untuk memastikan kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MENERAJUI MODAL INSAN 2023

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mengutamakan pembentukan modal insan yang berkualiti tinggi.

2) Semua warga SMKLBS menghargai dan menganggap modal insan sebagai aset yang berharga.

 

MENJIWAI TRANSFORMASI 2024

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat menghayati transformasi organisasi.

2) Semua warga SMKLBS dapat membudayakan transformasi demi kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MELESTARI KECEMERLANGAN 2025

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

2) Semua warga SMKLBS mempunyai daya saing bertaraf global.




Tuesday 12 October 2021

LAWATAN PPD SEMPENA PENYERAHAN TABLET PELAJAR TINGKATAN 3

12.10.2021 Tuan PPD Sibu Encik Ahli Bin Chikba membuat lawatan ke sekolah sempena penyerahan tablet untuk pelajar-pelajar tingkatan 3.  Selain menerima penyerahan tablet,  beliau membuat pemantauan di seluruh kawasan sekolah.  Lawatan rasmi beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai PPD yang lain dan juga bertujuan untuk memantau s.o.p pengoperasian sekolah. Lawatan ditamatkan jam 12 tengahari diakhiri dengan jamuan ringan. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang lawatan.