VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 22 February 2017

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Teknik menjawab soalan ini disampaikan oleh Dr. Raju iaitu pensyarah dari Universiti Putra Malaysia.  Para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab Matematik dengan cara yang mudah.  Para pelajar Tingkatan 3 dan 5 diberi peluang untuk bersama-sama memanfaatkan teknik belajar yang dikemukakan ini selama 3 jam dari pukul 1030-130 petang di dewan seri kenyang sekolah.  Setelah tamat sesi cara menjawab ini,  para pelajar dijemput ke UCTS untuk mengetahui teknik belajar dalam mata pelajaran BM,  Sains, Matematik dan subjek teras yang lain.  Bayaran mengikuti seminar di UCTS sebanyak RM 150 seorang.  Program ini akan diadakan pada 26.2.2017 bermula jam 0730 - 0530 petang.






Sunday 19 February 2017

Gotong royong ibu bapa di asrama







SUKAN TAHUNAN

Pada 15-17.2.2017,  sekolah telah mengadakan sukan tahunan untuk mencari bakat pelajar dalam sukan dan permainan.  Selain itu,  tujuan sukan diadakan untuk mengalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum supaya menjalani kehidupan yang sihat dari segi jasmani dan emosi.  Pada hari pertama (15.2.2017),  acara padang seperti lompat tinggi,  lompat jauh,  lontar peluru,  lempar cakera dijalankan di sekolah.  Pada hari kedua (16.2.2017),  sukan dijalankan di Stadium Tun Zaidi Adruce Sibu melibatkan acara balapan.  Pada hari ketiga sukan diteruskan di sekolah melibatkan acara akhir seperti lontar peluru,  lembing,  lompat jauh,  cakera dan acara pegawai.  Tamat acara pegawai,  majlis penangguhan dilaksanakan di dataran perhimpunan,  Sukan tahunan ditangguhkan pada jam 1200 tengah hari.  Pada tahun ini,  56 Rumah Sukan dipertandingkan iaitu Patinggi Ali,  Banting,  Rentap,  Rosli Dhoby,  Sharif Masahor dan Linggir.  Rumah sukan yang menduduki tempat pertama tahun ini ialah Syarif Masahor,  manakala tempat terakhir ialah Banting.
















Tuesday 14 February 2017

Gotong royong dikalangan pelajar dan guru

Pada 12.2.2017,  sekolah telah mengadakan projek gotng royong selama 30 minit untuk membersihkan beberapa kawasan seperti sekitar asrama,  dewan,  tapak pembuangan sapah,  kelas dan sekitar kawasan.  Semua guru dan pelajar besama-sama menjayakan aktiviti ini untuk mengalkkan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah.

 Tapak pembuangan sampah
 Sekitar asrama
 Kawasan asrama
Pembersihan dalam kelas

PAMERAN STUDY MALAYSIA

Study malaysia akan mengadakan pameran pada 25-26 febuari di RH Hotel pada pukul 10 pg - 5 ptg.
Para pelajar dan ibu bapa dijemput bersama-sama menjayakan pameran ini untuk masa depan
pendidikan anak-anak.  Maklumat lanjut sila layari website www.study malaysia.com




Tuesday 7 February 2017

Ceramah Hidup untuk Berjaya

Pad 7.2.2017,  Unit B&K dibantu oleh penceramah dari Kolej Teknologi Sarawak telah mengadakan ceramah bertajuk "Hidup untuk Berjaya"  Pelajar tingkatan 6 dan Tingkatan 5 dijemput untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mr Chee Suok Howe dari Kolej teknologi Sarawak.  pengisian utama ceramah ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pendidikan dan masa depan mereka.  Ceramah ini dimulakan dari jam 1130 - 130 petang.

Program JOM Ke sekolah

Pada 6.2.2017,  pihak sekolah telah mengadakan program jom ke sekolah peringkat kebangsaan yang dianjurkan di sekolah.  Tujuan utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar supaya tahu mengenai kepentingan pendidikan dan masa depan mereka.  Justeru,  para pelajar mesti rajin ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan sebagai bekalan di masa depan.  Program ini didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fariz,  disusuli dengan ucapan pengetua,  perutusan Menteri pendidikan oleh Cikgu Fadly,  perutusan ketua Polis Negara oleh En. Mohamad (pegawai perhubungan polis) dan perasmian peti aduan. Berikut adalah gambar sepanjang program :
Perutusan wakil ketua Polis Negara
 Bacaan Ikrar oleh pelajar
Perasmian peti aduan

Orientasi Tingkatan 4

Pada 10.1.2017,  Unit B&K telah mengadakan orientasi Tingkatan 4.  Tujuan utama orientasi ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan di Tingkatan 4 sama ada aliran sastera atau sains.  Selain itu,  para pelajar juga diberi pendedahan mengenai pendidikan kemahiran di kolej Vokasional atau Institut swasta.  Pihak pengurusan juga diberi peluang untuk berkongsi dengan pelajar mengenai isu-isu pendidikan masa kini.  Pihak HEM berkongsi dengan pelajar mengenai disiplin dan tanggungjawab pelajar,  manakala PK Kokurikulum mengambil peluang mendaftarkan pelajar dalam aktiviti sukan,  kelab dan permainan sepanjang tahun.  Program ini dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan.