n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

Thursday, 29 January 2015

Serahan Bantuan RM 100

Pada 21.1.2015,  pihak sekolah telah menyerahkan bantuan RM100 kepada para ibu bapa.  Bantuan ini adalah sumbangan khas daripada kerajaan untuk membantu ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan anak mereka pada awal tahun ini.  Lebih kurang 1200 orang ibu bapa yang hadir menuntut wang bantuan ini yang diuruskan oleh unit HEM sekolah dan dibantu oleh beberapa orang guru tingkatan.  
 Guru tingkatan yang membantu menyerahkan bantuan RM100
Ibu bapa yang sedang menunggu giliran untuk menerima wang bantuan

Ceramah Oleh Kolej Twintech

Pada 29.1.2015,  Kolej Twintech telah mengadakan ceramah kepada para pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas. Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar untuk berjaya dalam kehidupan.  Para pelajar dinasihatkan supaya menggunakan masa sekarang untuk mengandakan usaha supaya beroleh kesenangan di kemudian hari.  Program ceramah ini diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah.

Wednesday, 28 January 2015

Mesyuarat permohonan KWAPM pelajar

Mesyuarat KWAPM diadakan untuk membuat saringan bagi pelajar yang layak menerima wang bantuan ini.  Bantuan KWAPM adalah bantuan khas kepada pelajar-pelajar miskin Tingkatan 1 sahaja.  Bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM 300 seorang.  Kebanyakan pelajar Tingkatan 1 sekolah ini layak menerima KWAPM.


Tuesday, 20 January 2015

Perjumpaan kelab (mesyuarat agung)

Semua kelab membuat perjumpaan dan mesyuarat agung untuk kali pertama.  Kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah ini adalah Kelab Pencegah Jenayah,  Kelab Pelancongan,  Kelab Sejarah dan pelbagai subjek yang lain,  kelab pustakawan,  kelab PRS,  bimbingan dan kaunseling,  Prostar,  dan lain-lain.  Setiap kelab dipimpin oleh beberapa orang guru.

Orientasi Tingkatan 4

Pada 16 Januari 2015,  unit B/K mengadakan orientasi tingkatan 4 di dewan sekolah. Semua unit pentadbiran dijemput untuk menyampaikan ucapan termasuk peranan guru B/K.  dianggarkan seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 yang terlibat.  Pelbagai perkara yang disentuh terutama masa depan pelajar dan halatuju mereka.

 Penolong kanan akademik cikgu Peter menyampaikan motivasi kepada pelajar tingkatan 4.
 Cikgu Ibrahim memberi penekanan kokurikulum 10 markah kepada tingkatan 4.
 Cikgu Louis berkongsi ilmu kerjaya dan minat pelajar berdasarkan soal selidik inventori kerjaya.
Cikgu Catherine juga menyampaikan slot minat dan kerjaya,  sambungan daripada cikgu Louis.  Gambar yang tidak ada diatas ialah Cikgu Celiaulas yang menyampaikan motivasi kepada pelajar sains di kelas mereka.

Thursday, 15 January 2015

ORIENTASI Tingkatan 1 dan KP pada 14 dan 15 Januari 2015

Pada 14 - 15 Januari 2015 unit B/K mengadakan orientasi kepada Tingakatan 1 dan Kp di Dewan badminton sekolah.  Tujuan utama orientasi ini diadakan adalah untuk membentuk silaturahim dikalangan pelajar,  selain itu untuk mewujudkan hubungan yang mesra dia antara pelajar,  memberi pendedahan kepada pelajar gaya pembelajaran di sekolah menengah termasuk peraturan,  kokurikulum dan sebagainya.  Seramai 266 orang pelajar yang terlibat.  Semua pihak pentadbiran dijemput untuk menyampaikan ucapan dan taklimat masing-masing.
Taklimat daripada pengetua
Taklimat daripada PK 1 Cikgu Peter Limbau
Sesi bersama GBK Cikgu celiaulas Jimbai
Sesi bersama PK HEM Cikgu Hassan
Sesi bersama PK Kokurikulum Ibrahim Jahar
Sesi bersama GBK Cikgu Catherine Bungap
Sesi bersama GBK Cikgu Louis Pasu

Monday, 12 January 2015

Taklimat pelajar asrama pada 11.1.2015

Taklimat pelajar asrama oleh ketua waden Cikgu Shidin dan PK HEM Cikgu Hassan.  Pelagai perkara disentuh semasa taklimat ini disampaikan,  antaranya ialah peraturan sekolah/asrama,  waktu belajar malam,  makan dan minum,  permainan waktu petang dan lain-lain.

Pelajar turut diperiksa kekemasan rambut selepas taklimat diadakan.

Pendaftaran Pelajar Harian/Asrama






Pendataran pelajar harian pada 9.1.2015,  semua ibu bapa dan pelajar menguruskan anak masing-masing.  Seramai 300 orang pelajar tingkatan 1 yang melapor pada hari itu.  Manakala,  pada hari Ahad 11.1.2015,  pelajar asrama melapor diri bersama ibu bapa mereka. di kelas masing-masing.




Pelajar Tingkatan 1 melapor diri di dewan sekolah.

Pelajar mendapatkan buku teks masing-masing.