n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

Tuesday, 26 April 2016

Gotong Royong Kali 1

Pada 23.4.2016,  pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong bersama ibu bapa.  Aktiviti gotong royong kali ini ialah pembersihan kawasan semak di luar pagar asrama,  membuat meja istirehat pelajar,  mencuci longkang utama dan lain-lain.  Kehadiran ibu bapa sangat mengalakkan dalam menyokong aktiviti ini bermula jam 0800 hingga 1100 pagi pada hari Sabtu.  Aktiviti gotong royong diadakan setiap tahun oleh PIBG dalam usaha membantu meningkatakn tahap keselesaan dan keselamatan warga sekolah.




Sunday, 10 April 2016

HARI PERMUAFAKATAN KALI 1

Pada 9.4.2016,  pihak sekolah telah mengadakan hari permufakatan kali 1 yang dihadiri oleh semua ibu bapa termasuk para pelajar.  Pada hari permufakatan ini,  pihak sekolah memberikan pelbagai amanat kepada ibu bapa melalui ucapan yang disampaikan oleh pengetua,  YDP PIBG,  Cikgu Mackie (kurikulum),  PK HEM,  dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Louis.  Majlis permuafakatan diadakan di dewan bermula jam 0800 pagi sehingga pukul 0930 pagi.  Kemudian para ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan serta anak mereka di dalam kelas berbincang mengenai akademik dan sikap anak-anak.  Berikut adalah gamabar-gambar suasana pada hari permuafakatan :
Ibu bapa
 ucapan pengetua
 ucapan Cikgu Mackie
 Ceramah bahaya rokok Cikgu Louis
Taklimat PK HEM berkenaan permuafakatan
 ibu bapa berjumpa guru tingkatan


Wednesday, 6 April 2016

Hari penghargaan pelajar

Pada 6.4.2016,  Hari Rabu,  pihak sekolah telah mengadakan hari penghargaan kepada para pelajar iaitu dengan menyampaikan hadiah kepada semua pelajar yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.  Kecemerlangan para pelajar dalam akademik dan kokurikulum mendapat penghargaan daripada pihak sekolah pada setiap semester, bukan pada akhir tahun sahaja.  Justeru para pelajar akan merasa dihargai penyampaian mereka selama ini walaupun dalam jangka masa yang pendek.



Hari Penghargaan Guru

Pada 4.4.2016,  pihak sekolah yang diketuai oleh PK 1 Cikgu Peter telah menganjurkan hari penghargaan kepada para guru.  Tujuan hari penghargaan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada setiap guru di sekolah ini yang telah menyumbangkan pelbagai tugas dan tanggungjawab mereka yang penuh dedikasi.  Selain itu,  para guru berpeluang memberi penghargaan sendiri kepada  guru-guru atau rakan mereka  yang telah banyak membantu mereka dalam apa jua perkara.  Selain itu,  tujuan lain ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru,  justeru memantapkan sistem pendidikan sekolah dalam akademik,  kokurikulum dan sahsiah.  Majlis penghargaan ini berakhir pada jam 330 petang.



Sukaneka Asrama

Pada hari sabtu 2.4.2016,  Lembaga pengurusan asrama dibantu oleh pelajar Tingkatan 6 telah mengadakan aktiviti sukaneka di dataran perhimpunan bermula jam 1000 pagi hingga 4 petang. Sukaneka ini disertai oleh semua peljaar asrama lelaki dan perempuan yang dibentuk dan disusun mengikut kumpulan masing-masing.  Pelbagai acara dan aktiviti dipertandingkan semasa hari tersebut.  Para waden bersama-sama menjayakan sukaneka ini.



Firedrill Asrama

Pada malam 1.4.2016 pukul 1100 pm,  lembaga pengurusan asrama mengadakan aktiviti firedrill melibatkan semua pelajar asrama.  Tujuan aktiviti ini untuk melatih para pelajar asrama supaya tahu tatacara menghadapai kebakaran yang boleh berlaku di asrama.  Seramai 600 orang pelajar asrama yang terlibat dengan latihan ini.  Semua waden asrama bersama-sama menjayakan latihan ini.  Aktiviti berakhir 1230 malam.



Motivasi Tingkatan 3

Pada 1.4.2016,  pihak sekolah dari unit B&K telah mengadakan motivasi kecemerlangan kepada tingkatan 3.  Tujuan motivasi ini adalah untuk meningkatkan semangat pelajar supaya sentiasa berjuang demi kejayaan di masa depan.  Ceamah motivasi ini disampaikan oleh pengetua,  PK 1 dan guru kaunseling.  Motivasi ini diuruskan oleh Cikgu Catherine anak Bungap guru B&K sekolah.