VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 24 October 2019

Hari Sukan negara

Pada 22.10.2019,  pihak sekolah telah mengadakan hari sukan negara di tapak perhimpunan.  Semua warga sekolah berkumpul bersama-sama untuk melakukan senamerobik.  Aktiviti dimulakan seawal jam 0700 pagi dan bersurai jam 0730 pagi.  Aktiviti senaman dikelolakan kelab aerobik sekolah dikendalikan sendiri oleh pelajar.







Motivasi oleh RISDA Sibu

Pada 23.10.2019,  pihak sekolah didatangi oleh pegawai-pegawai RISDA dari Sibu.  Tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk menyampaikan motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6.  Seramai 83 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 menyertai ceramah kerjaya ini.  Program ini dimulakan seawal jam 0800 pagi dan tamat 1200 tengah hari.  Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti.








Tuesday 8 October 2019

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 3 dan Taklimat peperiksaan PT 3

Pada 27.9.2019,  Unit B&K telah menganjurkan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 3.  Tujuan majlis ini ialah untuk memberikan semangat dan memberkati segala usaha pelajar selama ini sebelum menduduki PT3.  Walaupun PT3 bukan peperiksaan seperti PMR,  pentaksiran ini masih mengukur kemajuan pelajar dalam ujian akademik.  Selepas majlis keberkatan,  para pelajar diberikan taklimat mengenai peraturan menduduki PT3 pada 2-9.10.2019.