VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Monday 22 April 2024

PERAYAAN HARI RAYA/TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 17/4/2024,  pihak sekolah mengadakan perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina secara serentak di Dewan Seri Kenyalang sekolah.  Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk merapatkan hubungan antara kaum dikalangan warga sekolah.  Semua guru dan kakitangan sekolah berkumpul di dewan pada pukul 1.30 petang.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua,  kemudian ucapan penyelaras tahun ini iaitu Cikgu Maslina dan Cikgu Lau Suk Lu.  Kemudian sesi cabutan bertuah diadakan.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti majlis.

ucapan penyelaras
doa ustaz
Ucapan pengetua Mr. Wong Tung Ang
Penyampaian pemenang cabutan bertuah













Friday 22 March 2024

HARI PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

 Pada 10/3/2024,  sekolah mengadakan hari pendaftaran untuk semua pelajar Kelas Peralihan Hingga Tingkatan 5.  Semua pelajar melapor diri untuk berjumpa dengan guru tingkatan menyelesaikan urusan buku teks,  buku kerja,  pengurusan kelas, pengurusan asrama,  dan lain-lain perkara.  Pendafataran semua pelajar bermula pukul 7 pagi dan tamat pukul 12 Tengah Hari.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti dilaksanakan :









Saturday 2 March 2024

HARI PERMUAFAKATAN SESI 2023/2024

Hari Permuafakatan diadakan pada 8/2/2024.  Semua ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan untuk berbincang pencapaian akademik akhir tahun dan sahsiah pelajar sepanjang tahun.  Program dimulakan pada pukul 7 pagi dan bersurai 9 pagi.  Semua ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah untuk menjayakan program ini.  Berikut ialah gambar sepanjang aktiviti diadakan :












Thursday 28 December 2023

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2023 PARA KAKITANGAN SEKOLAH

Pada malam 15.12.2023,  Majlis Makan Malam para kakitangan sekolah telah diadakan di Hotel Paramount Sibu.  Semua guru, AKP dan kakitangan swasta sekolah seperti kantin,  dewan,  kebersihan dan keselamatan turut bersama-sama menjayakan majlis ini.  Majlis dimulakan pada pukul 7 petang dan berakhir 9.30 malam.  Majlis malam ini diselaraskan oleh Cikgu Wong Haw Teck dan AJK guru, AKP yang terlibat.  Tema majlis malam ini ialah MOVIE.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti :