VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday 11 October 2017

Majlis keberkatan ilmu Tingkatan 3

Pada 6.10.2017,  Unit B&K telah mengadakan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 3.  Tujuan utama majlis ini diadakan untuk merestui setiap pelajar yang akan menduduki pentaksiran PT3 bermula 9.9.2017 ini.  Semua guru dan pelajar tingkatan 3 berkumpul di dewan untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.  Majlis bermula pukul 1100 dan berakhir pukul 1200.  
















Sambutan Hari Merdeka

Pada 15.9.2017,  sekolah telah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan di dewan.  Semua pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan untuk meraikan kemerdekaan.  Majlis dimulakan pukul 0700 pagi dan berkahir 1000 pagi.  Pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan suasana seperti pertandingan mengibar jalur gemilang,  persembahan nyanyian,  sajak,  tarian dan lain-lain.





Motivasi anti displin

Pada 18.8.2017,  Unit B&K menyediakan motivasi kepada para pelajar yang kerap menimbulkan pelabagai masalah disiplin di sekolah.  Seramai 56 orang murid yang dipilih menyertai motivasi ini.  Para pelajar disediakan dengan aktiviti dalam kumpulan dan ceramah kesedaran dari Guru B&K dan PKHEM. 

 Motivasi PKHEM




Program pencegahan ponteng oleh GBK Daerah Sibu

Pada 13.9.2017 GBK Daerah Sibu berkampung di Sekolah ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah.  Seramai 106 orang pelajar dari pelbagai tingkatan telah menyertai program ini.  Tujuan utama program ini ialah untuk membanteras gejala ponteng para pelajar.  Pelbagai modul motivasi yang disediakan kepada para pelajar dalam usaha membantu mereka meningkatkan disiplin mereka dalam kehidupan.