VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday 22 November 2019

Guru Berpindah ke sekolah baru

Sekolah akan kehilangan dua orang guru yang komited iaitu Cikgu Angeline dan Cikgu Rita Nge yang akan berpindah ke Sekolah di daerah Sibu.  Cikgu Angeline akan berpindah ke SMK deshon manakala Cikgu Rita Nge akan berpindah ke SMK Rosli Dhoby.  Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang guru ini,  semoga mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi di stesen yang baru.





Wednesday 13 November 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan

Pada 12.11.2019,  sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan anugerah ini diadakan ialah untuk mengiktiraf kejayaan dalam kurikulum,  kokurikulum dan sahsiah para pelajar.  Selain ini anugerah ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada jasa para pelajar yang berkhidmat sebagai pengawas,  ketua tingkatan dan lailan sumbangan di sekolah.  Majlis ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada para guru yang berkhidmat begitu lama di sekolah,  cemerlang dalam kokurikulum,  khidmat bakti dalam PIBG dan lain-lain.  Majlis dirasmikan oleh Encik Radin Foji iaitu Pegawai pendidikan daerah Sibu.  Semua peserta dan guru serta ibubapa berkumpul di dewan seawal jam 7 pagi dan majlis bersuari jam 1200 th.