VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday 19 May 2017

Sambutan Hari Guru oleh Pelajar Tingkatan 6A1

Pada 19.5.2017,  Tingkatan 6A1 yang diketuai oleh Guru Tingkatan Cikgu Janting Anak Abau meraikan hari guru di dalam kelas mereka sendiri.  Semua pihak pengurusan dijemput bersama-sama meraikan hari guru dengan pelajar.  Hari guru yang diraikan oleh pelajar ini adalah atas inisiatif pelajar dan guru tingkatan 6.  





BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Perasmian Bulan Sains dan Matematik telah diadakan supaya mengalakkan para pelajar berminat dalam mata pelajaran ini.  Pihak pengurusan dan pengetua turut menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang menang dalam pertandingan aktiviti sains dan matematik yang telah diadakan.





PERASMIAN HARI GURU

Pada 16.5.2017,  seolah menyambut secara ringkas hari guru di tapak perhimpunan sekolah dengan pembukaan perasmian merentang banner oleh pihak pengurusan sekolah.  Kemudian disusuli dengan ucapan cikgu Hafiz perutusan hari guru oleh kementerian tahun 2017.  Seterusnya bacaan doa oleh Cikgu Radin dan disusuli oleh ucapan pengetua.  Majlis dilaksanakan lebih kurang 1 jam dan kemudian pelajar meneruskan sesi pdp seperti biasa.  Sambutan hari Guru peringkat sekolah bersama PIBG akan diadakan pada 26.5.2017


 bacaan perutusan hari guru
 bacaan doa
ucapan pengetua

Friday 12 May 2017

Highly Immersive Programme (HIP)

Pihak sekolah telah melancarkan Highly Immersive Programme (HIP) bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.  Perlaksanaan program ini dipimpim oleh Cikgu Angeline dan dibantu oleh Guru-guru Bahasa Inggeris yang lain.  PIBG sangat menyokong program ini iaitu dengan ikhlas telah menyumbangkan sebanyak RM1300 untuk menjayakannya demi masa depan anak-anak dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Gambar di bawah adalah pelancaran program tersebut .







Ceramah Kerjaya Tingkatan 3 - 6

Unit Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam memberikan pendidikan kerjaya kepada para pelajar.  Justeru,  penglibatan tingkatan 3 hingga 6 begitu sesuai supaya tidak ketinggalan mengenai maklumat kerjaya pada hari ini.



Ceramah pendidikan kemahiran oleh Kolej Aitc

Pada 28.4.2017,  para pelajar mendapat pendedahan daripada Kolej Aitc berkenaan dengan pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan.  Peluang pendidikan ini begitu sesuai dengan para pelajar yang sangat lemah dalam akademik iaitu para pelajar dilatih dalam bidang kerjaya seperti automotif,  kimpalan, pengkomputeran,  latihan perkeranian dan lain-lain.  Para pelajar yang berminat digalakkan untuk membuat permohonan demi masa depan yang lebih cerah di masa depan.

Ceramah oleh En Kriss dari Kolej Aitc
Para pelajar Tingkatan 4 dan 5

Gotong Royong PIBG

Pada 6.5.2017,  PIBG mengadakan gotong royong di sekolah dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan tapak perhimpunan,  menyimen pondok pengawal, membaiki rumah hijau,  membersihkan parit,  membaja rumput padang dan lain-lain.  Seramai 360 ibu bpaa dan 120 orang guru dan kakitangan sokongan menjayakan projek ini.  Gotong royong ditangguhkan pada jam 1100 pagi.

 Membaiki rumah hijau
 Membersihkan tapak perhimpunan
 Membersihkan longgokan kayu di belakang asrama
Mengisi tanah pada pokok bunga

Orientasi Pra-U (Tingkatan 6 Rendah ) 2017

Pada 2-12.5.2017,  sekolah mengadakan program orientasi kepada para pelajar Tingkatan 6 selama 2 minggu.  Pengisian slot orientasi ini merangkumi aspek pelajaran dan pembelajaran di Tingkatan 6,  pendidikan dan kerjaya,  halatuju tingkatan 6,  motivasi kendiri,  aktiviti berkumpulan,  ujian psikometrik dan lain-lain.  Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 6 yang melapor dan menyertai program orientasi ini.

 Ucapan PK Tingkatan 6 Cikgu Kong Tai Tey
 Ucapan PK akademik Cikgu Busang
 Ucapan Cikgu Janting (Pendidikan Seni)
 Ucapan GBK Cikgu Louis Pasu
Ucapan Ketua Sektor