VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday 12 March 2020

CERAMAH HIV DAN ANTI ROKOK

Pada 11.3.2020,  Unit B&K mengadakan ceramah kesedaran bahaya HIV dan Rokok kepada kesihatan diri.  Unit B&K bekerjasama dengan pegawai kesihatan Sibu untuk menangani masalah ini di kalangan pelajar sekolah.  Ceramah awal pagi dimulakan oleh Cikgu Louis Pasu sehingga jam 8 pagi dan disambung oleh pegawai kesihatan sibu sehingga jam 10 pagi.  Seramai 88 orang pelajar terpilih menyertai ceramah ini.







Tuesday 10 March 2020

Result STPM

Pada 5.3.2020,  keputusan STPM diumumkan oleh KPM di seluruh negara.  Keputusan STPM sekolah kita pada tahun ini menurun dari 2.95 ke 2.59.  Walaubagaimanapun,  semua pelajar 100% lulus dan layak mendapat sijil.  Seramai 7 orang pelajar mendapat cgpa 3.0 ke atas.  Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam membina kejayaan di kalangan pelajar.










Result SPM

Pada 5.3.2020,  keputusan SPM telah diumumkan oleh KPM di seluruh Malaysia.  Sekolah kita sekali lagi melakar sejarah sendiri apabila melakukan peningkatan GPS dari 4.65 ke 4.50.  Seramai 24 orang mendapat 6A ke atas dan 93% pelajar layak mendapat sijil SPM.  Setiap matapelajaran menunjukkan peningkatan gpmp masing-masing.  Subjek kimia menunjukkan peningkatan paling banyak iaitu daripada 5.62 ke 1.80.  Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang bersama-sama mencipta kejayaan yang cemerlang untuk para pelajar.