VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Saturday 26 November 2016

JaMUAN AKhir Tahun 2016

Pada 25.11.2016,  pihak sekolah mengadakan jamuan akhir tahun di Paramount Hotel jam 0700 - 0945 pm.  Jamuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua guru dan AKS yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun.  Para PIBG juga dijemput bersama-sama menjayakan majlis ini.  Aktiviti pada malam jamuan ialah meraikan guru yang berpindah iaitu cikgu Jason Menga yang ditukarkan ke SMK Bukit Asek,  cabutan tiket bertuah,  penyampaian sijil penghargaan unit KK dan HEM,  persembahan para guru dan mencari man & ladies of the night.  Majlis berakhir pada pukul 0945 malam.

Guru Berpindah sekolah (Cikgu Jason)


 Penyampaian anugerah
Man & Ladies of the night

Monday 21 November 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016

Pada 18.11.2016 pihak sekolah telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan di Dewan Seri kenyalang yang dihadiri oleh YB Gira Anak Sambang.  Objektif majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.  Selain itu,  majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru yang cemerlang dalam mengurus kelas masing-masing.  dianggarkan 500 peserta termasuk ibu bapa yang hadir menjayakan majlis ini yang bermula pukul 0730 pagi hingga 1130 pagi.

Penyampaian hadiah oleh pengetua
 Menyambut ketibaan YB Gira Sambang
 Kehadiran pelajar dan ibu bapa
 Anugerah pelajar Pra sekolah
 VIP
 Penyampaian hadiah oleh YB GIRA SAMBANG
Pelajar cemerlang SPM 2015

Sunday 13 November 2016

CERAMAH ANTI ROKOK

Pada 11.11.2016,  Lembaga Displin sekolah telah mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang merokok selama ini.  Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 6 menjadi peserta dalam program ini.  Pukul 0800 hingga 0900 adalah ceramah oleh Kaunselor Cikgu Louis Pasu,  pukul 0900 - 0930 eksperimen kesan rokok kepada paru-paru oleh Cikgu Hare.
 Ceramah oleh Cikgu Louis

Eksperimen diuruskan oleh Cikgu Hare

EXAMPLE CENDERAMATA YB GIRA


Tuesday 4 October 2016

Lawatan SMK Tebakang

Pada 1.10.2016,  sekolah kita didatangi oleh pelajar-pelajar dan guru dari SMK Tebakang.  Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu dikalangan guru dan pelajar tentang pengurusan asrama sekolah.  Sepanjang tempoh lawatan ini,  para pelajar dan guru disediakan dengan pelbagai aktiviti oleh waden-waden SMK Luar bandar Sibu.  Ketibaan pelajar dan guru disambut oleh para waden yang diketuai oleh Cikgu Minggu.  Pada Malam Jumaat,  taklimat disampaikan oleh Cikgu Hassan dan Cikgu Louis,  manakala,  pada hari Sabtu,  sukaneka diuruskan oleh Cikgu Raphael dan waden lain-lain.  Pada malam sabtu,  para guru dan pelajar membuat persembahan di dewan sama ada menyanyi atau tarian. Para pelajar dan guru SMK Tebakang seterusnya balik ke sekolah mereka pada 3.10.2016.

Pelajar dan Guru SMK Tebakang
Persembahan guru 
persembahan pelajar

Thursday 8 September 2016

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Pada 8.9.2016,  pihak sekolah menganjurkan sambutan kemerdekaan di Dewan Seri Kenyalang disertai oleh semua warga sekolah.  Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk membina kesedaran di kalangan warga sekolah tentang erti kemerdekaan dan juga untuk menghargai dan mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala.  Pelbagai aktiviti dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu melukis poster,  menghias kelas dan asrama,  kibaran bendera dan lain-lain.  Majlis ini dimulakan dari jam 0700 pagi dan berakhir pada jam 1030 pagi. 




Monday 5 September 2016

Motivasi Halatuju Tingkatan 6

Pada 1.9.2016,  unit bimbingan dan kaunseling dan tingkatan 6 memberikan ceramah motivasi halatuju kepada para pelajar Tingkatan 6.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran para pelajar mengenai pendidikan dan masa hadapan yang bakal ditempuhi mereka suatu hari nanti.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Pasu dari jam 0130 - 0300 petang.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT ASRAMA

Pada 30.8.2016,  Lembaga Pengurusan Asrama telah menganjurkan aktiviti kemerdekaan di Dewan Seri kenyalang bermula jam 630 petang- 1000 malam.  Tujuan sambutan ini ialah memberi kesedaran kepada para pelajar erti kemerdekaan sebenar yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala. Para pelajar perlu dididik dengan nilai dan semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh pejuang sebelum ini.  Aktiviti yang dianjurkan pada malam ini ialah kibaran jalur gemilang,  nyanyian patriotik dan ratu merdeka.  Para pelajar dan waden asrama bersama-sama berkumpul di dewan untuk memeriahkan acara ini.

Tuesday 2 August 2016

KAWAT KAKI Kadet POLIS Peringkat DaeraH Sibu

Pada 30 Julai 2016,  sekolah kita telah menghantar peserta kawat kaki yang dianggotai kadet polis diuruskan oleh Cikgu Andy dan Louis.  Seramai 25 orang peserta dari pelbagai tingkatan menyertai pertandingan ini yang diadakan di IPD Sibu.  Sebanyak 13 sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini yang menampilkan kekuatan kawat masing-masing.  Pihak sekolah tidak mendapat tempat dalam pertandingan kawat kaki,  tetapi berjaya membawa balik pingat tempat ketiga acara menembak.





PASAR Tani

Pada 21 Julai 2016,  pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti pasar tani yang dianggotai oleh pelajar dan guru.  Tujuan aktiviti pasar tani adalah untuk mendidik pelajar dalam ilmu perdagangan. Para pelajar begitu aktif dalam melibatkan diri dengan menjual hasil seperti kerepek, air minuman dan sebagainya.  aktiviti ini dianjurkan setengah hari persekolahan.




NGILING BIDAI 2016

Pada 16 Julai 2016,  pihak skolah telah menganjurkan majlis ngiling bidai menandakan berakhirnya perayaan gawai dayak pada tahun itu.  Ibu bapa dan guru serta pelajar bersama-sama menjayakan majlis ini.  Majlis ini diiringi dengan ucapan pengetua,  YDP PIBG,  kemudian upacara miring serta ngerebah ranyai.  Majlis ini ditangguhkan pada jam 1230 tengah hari.

Ngiling bidai

Ngerebah ranyai

Tuesday 12 July 2016

Latihan firedrill 2016

Pihak sekolah setiap tahun menganjurkan aktiviti firedril untuk melatih para pelajar supaya sentiasa cekap dan berwaspada apabila berlaku kebakaran.  para pelajar dilatih bagaimana turun bangunan dan berkumpul di tempat yang ditetapkan.  Para guru memimpin dan memerhati keadaan latihan yang berlaku.  Guru tingkatan mengambil kehadiran pelajar di tempat berkumpul.

pelajar bergerak ke tempat selamat
Guru mengambil kehadiran

Guru mengira jumlah pelajar

Ceramah Anti vape dan Bahaya Denggi 2016

Ceramah kesihatan yang dikelolakan oleh pegawai kesihatan sibu diadakan bertujuan untuk mendidik pelajar bagaimana menjaga kesihatan gigi,  jantung dan pencegahan pembiakan nyamuk.  Semua pelajar diberi peluang untuk mendengar ceramah dan melihat pameran yang disediakan.

bahan pameran
bahan pameran
pelajar melihat pameran
pelajar mendengar ceramah

Friday 27 May 2016

Hari GURU 2016

Pada 27.5.2016,  pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah di Dewan Seri kenyalang.  Semua guru dan pelajar bersama-sama menjayakan sambutan ini.  Pada tahun ini,  perayaan hari guru dikelolakan sendiri oleh pelajar yang telah dilantik.  Tujuan utama perayaan hari guru ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para guru akan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.  Perayaan hari Guru sebenarnya disambut oleh Negara Malaysia pada 16 Mei setiap tahun.

Majlis pemotongan kek
gambar kenangan
Sambutan di dalam dewan
pertandingan bola tampar


Monday 9 May 2016

Sambutan Hari IBu

Pada 6.5.2016,  sekolah diceriakan dengan sambutan hari ibu oleh guru-guru yang bergelar ibu.  Sambutan secara sederhana ini dilakukan di dataran perhimpunan sekolah yang disaksikan oleh semua pelajar.  Majlis yang ringkas ini dimulakan dengan nyanyian selamat hari ibu,  kemudian acara memotong kek.

Pendaftaran Tingkatan 6 Rendah

Pada 4.6.2016,  tingkatan 6 Rendah melapor diri di sekolah untuk memulakan sesi PDP bagi semester 1 mereka.  Walaubagaimanapun,  minggu pertama dan kedua,  para pelajar akan dikumpul untuk menjalani program orientasi.  Para pelajar akan diberi pendedahan mengenai peluang melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6,  cara belajar tingkatan 6 dan lain-lain.  Sehingga berita ini,  seramai 54 orang pelajar telah melapor diri.


sUKAN tAHunan Sekolah

Pada 27-29.4.2016,  pihak sekolah telah menganjurkan sukan tahunan dengan mempertandingkan pelbagai acara seperti lompat tinggi,  lompat jauh,  100 meter dan lain-lain mengikut kategori dari Kp hingga tingkatan 5.  Objektif utama sukan tahunan ialah untuk mencari bakat pelajar dalam sukan dan permainan,  selain itu membina kecerdasan fizikal,  mental dan emosi pelajar dan menyemai sikap bekerjasama dikalangan guru dan pelajar sepanjang kejohanan ini.  Setiap tahun,  6 rumah sukan akan bertanding iaitu Rumah sukan Patinggi ali,  Rentap,  Sharif Masahor,  Rosli Dhoby,  Banting dan Linggir.  Tahun ini,  rumah sukan yang mendapat tempat pertama ialah Rosli Dhoby,  manakala tempat terakhir ialah Rumah Sukan Rentap.


Tuesday 26 April 2016

Gotong Royong Kali 1

Pada 23.4.2016,  pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong bersama ibu bapa.  Aktiviti gotong royong kali ini ialah pembersihan kawasan semak di luar pagar asrama,  membuat meja istirehat pelajar,  mencuci longkang utama dan lain-lain.  Kehadiran ibu bapa sangat mengalakkan dalam menyokong aktiviti ini bermula jam 0800 hingga 1100 pagi pada hari Sabtu.  Aktiviti gotong royong diadakan setiap tahun oleh PIBG dalam usaha membantu meningkatakn tahap keselesaan dan keselamatan warga sekolah.