Tuesday 19 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18.5.2015,  Sekolah telah menyambut perayaan Hari guru secara ringkas di dataran perhimpunan.  Sambutan Hari guru ini disambut oleh seluruh sekolah di Negara Malaysia pada hari yang sama ini.  Semua pelajar berkumpul bersama-sama untuk meriahkan sambutan hari tersebut.  Aturcara dimulakan dengan bacaan doa umum oleh ustaz Fariz,  disusuli dengan ucapan pengetua,  bacaan perutusan Pengarah Pendidikan oleh Ustaz Fariz,  kemudian bacaan perutusan Menteri Pendidikan.  Para guru kemudian membuat bacaan ikrar yang dikemudikan oleh Cikgu Louis Pasu,  disusuli dengan lagu "Kami Guru Malaysia",  "Pendidik Bumi Kenyalang".  Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek yang diketuai oleh pengetua.  Seterusnya,  para guru diberi penghargaan oleh pelajar dengan kada ucapan Selamat hari guru.  Majlis dijangka berakhir pada pukul 0800 pagi.  Para pelajar masuk ke kelas dan menduduki peperiksaan serta PdanP diteruskan.
 Pemotongan kek sempena sambutan hari guru
 Ucapan pengetua
 Bacaan perutusan Menteri Pendidikan
 
 Bacaan perutusan Pengarah pendidikan
Sumbangan pelajar "Terima Kasih Cikgu"

0 comments:

Post a Comment