Wednesday 2 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG

Pada 27.2.2016,  pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG di Dewan sekolah bermula jam 7 pagi.  Tujuan mesyuarat agung ini ialah membincangkan pelbagai isu pendidikan, kokurikulum,  hal ehwal disiplin dan lain-lain.  Mesyuarat agung kali ini turut dihadiri Timbalan Residen Sibu Dr. Zufar Brenden Abdullah.  Beliau menyampaikan ceramah kepentingan pendidikan teknikal dan kemahiran kepada pelajar masa kini.  Majlis berakhir jam 12 tengah hari,  semua ibu bapa pulang ke rumah masing-masing.



0 comments:

Post a Comment