VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 24 October 2019

Hari Sukan negara

Pada 22.10.2019,  pihak sekolah telah mengadakan hari sukan negara di tapak perhimpunan.  Semua warga sekolah berkumpul bersama-sama untuk melakukan senamerobik.  Aktiviti dimulakan seawal jam 0700 pagi dan bersurai jam 0730 pagi.  Aktiviti senaman dikelolakan kelab aerobik sekolah dikendalikan sendiri oleh pelajar.







Motivasi oleh RISDA Sibu

Pada 23.10.2019,  pihak sekolah didatangi oleh pegawai-pegawai RISDA dari Sibu.  Tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk menyampaikan motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6.  Seramai 83 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 menyertai ceramah kerjaya ini.  Program ini dimulakan seawal jam 0800 pagi dan tamat 1200 tengah hari.  Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti.








Tuesday, 8 October 2019

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 3 dan Taklimat peperiksaan PT 3

Pada 27.9.2019,  Unit B&K telah menganjurkan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 3.  Tujuan majlis ini ialah untuk memberikan semangat dan memberkati segala usaha pelajar selama ini sebelum menduduki PT3.  Walaupun PT3 bukan peperiksaan seperti PMR,  pentaksiran ini masih mengukur kemajuan pelajar dalam ujian akademik.  Selepas majlis keberkatan,  para pelajar diberikan taklimat mengenai peraturan menduduki PT3 pada 2-9.10.2019.







Thursday, 26 September 2019

Pameran Seni Tingkatan 6

Pada 25.9.2019,  Tingkatan 6 telah menganjurkan pameran seni di ruang legar sekolah.  Tujuan pameran seni ini adalah sebagai syarat untuk mendapatkan markah tambahan selain menduduki ujian bertulis.  Semua warga sekolah bersama-sama menjayakan pameran ini dimulakan pada jam 0700 pagi hingga 2 petang.



















Friday, 13 September 2019

Sambutan Kemerdekaan

Pada 13.9.2019,  sekolah telah mengadakan sambutan kemerdekaan di tapak perhimpunan melibatkan semua warga sekolah.  Majlis dimulakan jam 0700 pagi dengan bacaan doa oleh pelajar.  Seterusnya gimik hari kemerdekaan oleh para pelajar.  Pelbagai aktiviti lain-lain yang menarik sepanjang sambutan ini contohnya,  pertandingan mengibar bendera,  persembahan sajak dan nyanyian oleh pelajar,  tarian tradisional dan koir.  Majlis sambutan yang penuh meriah ini ditangguhkan pada jam 1000 pagi.










Tuesday, 10 September 2019

Team Building

Pada 7.9.2019, sekolah mengadakan aktiviti team building untuk para guru dan kakitangan sokongan di Taman Hen Hua Sibu.  Tujuan aktiviti ini ialah untuk merapatkan hubungan di antara kakitangan sekolah,  mengurangkan stress serta menanam semangat berpasukan.  Aktiviti yang dilaksanakan ialah berbentuk aktiviti pertandingan dalam kumpulan.  Selain aktiviti team building,  pada hari yang sama turut diadakan hari keluarga.  Kanak-kanak dilibatkan dalam aktiviti mewarna dan sukaneka.  Program ditamatkan pada jam 1200 tengah hari.