Friday 16 March 2018

Keputusan SPM 2017

Keputusan SPM diumumkan pada 15.3.2017 menyaksikan peningkatan gred purata dari 5.21 kepada 4.93.  Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus dalam meningkatkan kemajuan akademik dan kokurikulum pelajar.  Pada hari keputusan diumumkan,  semua pelajar lepasan spm 2017 berkumpul di dalam dewan.  3 orang pelajar mendapat keputusan terbaik iaitu Ester Intang Anak Sangau (1A+2A3A), Gilbert Mong anak Ali (3A3A-) dan Peter Akat (1A+3A2A).  Manakala,  4 orang lagi mendapat 5A iaitu Nardila Bt Hafid (4A, 1A -),  Jitta Anak Jessy Jamau (5A-),  Roderik Renggie Anak Stanley Kuda (2A, 3A-) dan Catherine Anak Ajut (1A+, 3A, 1A-).  Keseluruhan kategori sekolah menengah luar bandar Sibu,  SMKLBS mendapat tempat ke 20 dari 22 sekolah gred purata dibawah 5.00.

 Ucapan pengetua
 Ester Intang anak Sangau
 Peter Anak Akat



0 comments:

Post a Comment