Sunday 19 February 2017

SUKAN TAHUNAN

Pada 15-17.2.2017,  sekolah telah mengadakan sukan tahunan untuk mencari bakat pelajar dalam sukan dan permainan.  Selain itu,  tujuan sukan diadakan untuk mengalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum supaya menjalani kehidupan yang sihat dari segi jasmani dan emosi.  Pada hari pertama (15.2.2017),  acara padang seperti lompat tinggi,  lompat jauh,  lontar peluru,  lempar cakera dijalankan di sekolah.  Pada hari kedua (16.2.2017),  sukan dijalankan di Stadium Tun Zaidi Adruce Sibu melibatkan acara balapan.  Pada hari ketiga sukan diteruskan di sekolah melibatkan acara akhir seperti lontar peluru,  lembing,  lompat jauh,  cakera dan acara pegawai.  Tamat acara pegawai,  majlis penangguhan dilaksanakan di dataran perhimpunan,  Sukan tahunan ditangguhkan pada jam 1200 tengah hari.  Pada tahun ini,  56 Rumah Sukan dipertandingkan iaitu Patinggi Ali,  Banting,  Rentap,  Rosli Dhoby,  Sharif Masahor dan Linggir.  Rumah sukan yang menduduki tempat pertama tahun ini ialah Syarif Masahor,  manakala tempat terakhir ialah Banting.
















0 comments:

Post a Comment