Friday 13 February 2015

Latihan dalam Perkhidmatan dengan Timbalan PPD Sibu

Pada 9.2.2015,  sekolah sangat bertuah kerana dihadiri sendiri oleh Timbalan PPD Sibu untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan PBBBP.  Beliau menjelaskan bahawa seseorang guru hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti diri di sekolah untuk memberi didikan kepada para pelajar sama ada dalam bidang akademik,  kokurikulum dan sahsiah.  Pencapaian pelajar adalah pencapaian guru itu sendiri.  Kecemerlangan pelajar adalah hasil kerjasama guru dengan pelajar.  Justeru,  menjadi seseorang guru  memerlukan sikap kesabaran dan penuh dedikasi.  Hasilnya sekolah menjadi pusat pendidikan yang berfungsi, dan guru memang benar menjalankan tanggungjawab mereka.



0 comments:

Post a Comment