VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 24 June 2022

SAMBUTAN HARI GURU DI SEKOLAH PADA 24 JUN 2022

Pada 24 Jun 2022,  sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru di Dewan Seri Kenyalang.  Semua Guru berkumpul di ruang legar pada pukul 1040 pagi,  kemudian para guru dan para jemputan iaitu pegawai-pegawai BSN dan YDP PIBG berarak ke Dewan Seri Kenyalang.  Majlis di Dewan dimulakan pada pukul 1100 pagi dimulakan dengan ucapan YDP PIBG Encik Wissly Amis,  kemudian ucapan pengetua Puan Law Sie Yieng.  Seterusnya guru membaca ikrar guru disusuli dengan lagu Guru Malaysia.  Pelbagai persembahan daripada pelajar seperti tarian ngajat dan syair.  Cabutan bertuah turut diadakan.  Majlis kemudian berakhir dengan jamuan di Kantin sekolah.












Sunday, 22 May 2022

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 21/5/2022 pukul 1130 am,  sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru untuk semua kakitangan di Hotel Kingwood.  Sambutan ini bertujuan untuk menghargai semua jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh para guru sepanjang tahun 2021.  Sambutan ini turut diraikan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta kajian tindakan dan cabutan tiket bertuah.  Majlis dihadiri oleh KPPD Sibu iaitu Encik Ahli Bin Chikba,  YDP PIBG Encik Wissly Amis Anak Nyalu dan SIP+ Encik Law Tua Beng.  Majlis berakhir pada pukul 230 petang.














Tuesday, 17 May 2022

PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN

Pada 17/5/2022,  pihak sekolah menjemput PPD Sibu iaitu pegwai SIC+ dan penolong PPD Cikgu Lolita untuk menilai pembentangan kajian tindakan.  Semua peserta seramai 13 orang telah mengadakan pembentangan di bilik mesyuarat,  Guru-guru bukan pembentang dijemput untuk mendengar pembentangan daripada para peserta.  Setiap peserta dikehendaki membentangkan kajian masing-masing selama 10 minit.  Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti :









Sunday, 15 May 2022

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 12/5/2022,  sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya yang diuruskan oleh guru-guru Muslim.  Sambutan ini bertujuan untuk mempromosikan budaya orang Islam kepada warga sekolah yang bukan beragama Islam melalui aktiviti sambutan perayaan.  Selain itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan semua warga sekolah.  Majlis ini diadakan secara ringkas di Dewan Seri Kenyalang pada pukul 130 pm - 230 pm dengan  aktiviti cabutan bertuah,  kuiz dan ucapan.  Seterusnya majlis diraikan dengan jamuan di kantin untuk para tetamu jemputan.









Friday, 8 April 2022

PENDAFTARAN PELAJAR PADA 18 MAC 2022

Pada 18/3/2022 semua pelajar melapor diri di sekolah untuk menuntut buku latihan, buku kerja,  alat tulis dan sebagainya.  Seramai 1115 orang pelajar melapor diri di sekolah pada hari tersebut.  Untuk mengelak penularan virus covid-19,  Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.  Anak-anak sendiri akan berurusan dengan guru tingkatan masing-masing.  Proses pendaftaran ini dijalankan dengan lancar kerana dibantu oleh semua guru.  Pendaftaran pelajar berakhir pada pukul 12 tengahari.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti pendaftaran :











PELAJAR ASRAMA MELAPOR DIRI PADA 3 APRIL 2022

 Pada 3/4/2022,  pelajar asrama melapor diri ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran pada 4/4/2022.  Semua pelajar dihantar ibu bapa ke sekolah mulai jam 7 hingga 11 pagi.  Semua guru berkerjasama membantu menguruskan kemasukan pelajar-pelajar asrama ini.  Seramai 486 orang pelajar asrama melapor diri pada hari tersebut.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti semasa hari kejadian :