Pada 12/5/2022, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya yang diuruskan oleh guru-guru Muslim. Sambutan ini bertujuan untuk mempromosikan budaya orang Islam kepada warga sekolah yang bukan beragama Islam melalui aktiviti sambutan perayaan. Selain itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan semua warga sekolah. Majlis ini diadakan secara ringkas di Dewan Seri Kenyalang pada pukul 130 pm - 230 pm dengan aktiviti cabutan bertuah, kuiz dan ucapan. Seterusnya majlis diraikan dengan jamuan di kantin untuk para tetamu jemputan.
0 comments:
Post a Comment