VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Sunday, 15 May 2022

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 12/5/2022,  sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya yang diuruskan oleh guru-guru Muslim.  Sambutan ini bertujuan untuk mempromosikan budaya orang Islam kepada warga sekolah yang bukan beragama Islam melalui aktiviti sambutan perayaan.  Selain itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan semua warga sekolah.  Majlis ini diadakan secara ringkas di Dewan Seri Kenyalang pada pukul 130 pm - 230 pm dengan  aktiviti cabutan bertuah,  kuiz dan ucapan.  Seterusnya majlis diraikan dengan jamuan di kantin untuk para tetamu jemputan.









Friday, 8 April 2022

PENDAFTARAN PELAJAR PADA 18 MAC 2022

Pada 18/3/2022 semua pelajar melapor diri di sekolah untuk menuntut buku latihan, buku kerja,  alat tulis dan sebagainya.  Seramai 1115 orang pelajar melapor diri di sekolah pada hari tersebut.  Untuk mengelak penularan virus covid-19,  Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.  Anak-anak sendiri akan berurusan dengan guru tingkatan masing-masing.  Proses pendaftaran ini dijalankan dengan lancar kerana dibantu oleh semua guru.  Pendaftaran pelajar berakhir pada pukul 12 tengahari.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti pendaftaran :











PELAJAR ASRAMA MELAPOR DIRI PADA 3 APRIL 2022

 Pada 3/4/2022,  pelajar asrama melapor diri ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran pada 4/4/2022.  Semua pelajar dihantar ibu bapa ke sekolah mulai jam 7 hingga 11 pagi.  Semua guru berkerjasama membantu menguruskan kemasukan pelajar-pelajar asrama ini.  Seramai 486 orang pelajar asrama melapor diri pada hari tersebut.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti semasa hari kejadian :
















Friday, 11 February 2022

MAJLIS KEBERKATAN ILMU TINGKATAN 6

 Pada 11/2/2022,  Unit Tingkatan 6 serta Bimbingan dan kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Dewan Seri kenyalang.  Majlis ini diadakan mengikut s.o.p yang ditetapkan.  Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberikan taklimat sebelum peperiksaan STPM,  memberikan motivasi kepada pelajar serta pelbagai peringatan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa dan selepas peperiksaan.  Pengetua dan para PK dijemput untuk menyampaikan ucapan. Majlis dimulakan seawal 7 pagi.  Berikut adalah gambar aktiviti semasa majlis diadakan.










SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

 Pada 10/2/2022,  pihak sekolah telah mengadakan sambutan Tahun abru Cina secara sederhana mengikut s.o.p di dewan Seri Kenyalang.  Majlis ini dimulakan pada pukul 1.20 petang selepas tamat pdpc.  Semua guru dan akp berkumpul di dewan.  Majlis dimulakan dengan ucapan Penyelaras,  YDP PIBG dan pengetua.  Kemudian majlis diraikan dengan aktiviti tayangan video dan kuiz serta penyampaian cenderamata dan hadiah kepada para pemenang kuiz.  Majlis ditamatkan pada pukul 0230 petang.






Wednesday, 9 February 2022

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada 28/1/2022,  pihak sekolah telah mengagihkan wang bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh KPM kepada murid-murid.  Pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan ini untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak pada awal tahun.  Mereka yang layak mendapat bantuan ini ialah keluarga B40 dengan syarat pendapatan tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.











BENGKEL UJIAN LISAN BM

 Pada 25 dan 26/1/2022,  Bidang Bahasa telah mengadakan bengkel Ujian Lisan BM. Semua pelajar Tingkatan 5 ditempatkan di Dewan sekolah mengikut s.o.p yang ditetapkan.  Tujuan bengkel ini ialah untuk menjelaskan kepada para pelajar berkenaan dengan cara menjawab ujian bertutur serta pelbagai perkara yang perlu diberi paerhatian oleh para pelajar untuk menduduki ujian ini.  Ujian lisan BM akan diadakan pada 8-10/2/2022.  Semua Tingkatan lima yang mendaftar SPM 2021 ialah seramai 209 orang.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti.