Hari ini, 5 Mei 2015, pelajar tingkatan 6 melapor diri di sekolah. 52 orang pelajar melapor diri untuk bersiap sedia belajar. Justeru, para pelajar telah melihat peluang masuk tingkatan 6 adalah langkah terbaik untuk menjejak kaki ke menara gading. Pelajar tingkatn 6 akan menjalani program orientasi selama 1 minggu. Mereka akan diberi pendedahan mengenai kaedah pembelajaran, subjek yang dipelajari, peraturan pemakaian, peraturan sekolah, motivasi, halatuju dan lain-lain. Sekolah ini mempunyai 1 aliran tingkatan 6 iaitu aliran kemanusiaan. Pelajar diberi peluang untuk memilih belajar perniagaan, geografi, ekonomi dan sejarah.
Gambar : Pelajar Tingkatan 6 melapor diri
0 comments:
Post a Comment