VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 29 June 2023

Majlis Penyerahan Slip SPM 2022 08.06.2023

Pada 8.6.2023,  pihak sekolah membuat hari penyerahan slip keputusan SPM kepada bekas pelajas SPM 2022.  Semua pelajar berkumpul di Dewan Seri Kenyalang.  Keputusan SPM 2022 menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.  Gred Purata Sekolah SPM 2022 ialah 4.72.  GPMP semua matapelajaran menunjukkan peningkatan.  Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.










MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan exco PIBG yang baharu.  Selain itu ialah untuk memberitahu kepada semua ibu bapa mengenai aktiviti PIBG sepanjang 2 tahun lepas,  laporan penggunaan duit PIBG,  laporan kemajuan kurikulum,  kokurikulum,  hal ehwal murid dan lain-lain.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.













HARI PERMUAFAKATAN

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan hari permuafakatan.  Semua ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan untuk membincangkan pencapaian akademik,  kokurikulum dan sahsiah anak masing-masing.  Aktiviti permuafakatan dimulakan seawa 10 pagi dan berakhir 1130 pagi. Berikut ialah gambar-gambar aktiviti perjumpaan ibu bapa dengan guru.












SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KEAMATAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 26/6/2023,  pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan peringkat sekolah di Dewan Seri Kenyalang.  Sambutan  ini untuk memperkenalkan adat dan kebudayaan masyarakat yang meraikan. Selain itu untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan warga sekolah.  Sambutan dimulakan pada pukul 1 petang dan berakhir 230 petang.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis diadakan.












Sunday, 28 May 2023

Majlis Pesaraan Cikgu IBRAHIM BIN JAHAR

Pada 26.5.2023, pihak sekolah mengadakan Majlis Pesaraan Cikgu IBrahim Bin Jahar PK Kokurikulum.  Beliau berkhidmat di sekolah ini sejak Tahun 2003.  Banyak sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan bidang kokurikulum.  Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh beliau sepanjang perkhidmatan.  Majlis Pesaraan dimulakan seawal 0730 pagi. Semua pelajar dan guru berkumpul di Dewan Seri Kenyalang.  Pelbagai persembahan yang menghiburkan sempena meraikan Cikgu Ibrahim yang akan bersara. Berikut ialah gambar-gambar kenangan semasa majlis.





ucapan daripada penyelaras oleh Pn. Lisini

Ucapan daripada pengetua Pn. Law Sie Yieng

acara memotong kek

Hadiah daripada guru

Hadiah daripada guru

Hadiah daripada pelajar

persembahan wakil AKP

Persembahan wakil guru

Persembahan oleh pelajar

Gambar kenangan

Gambar kenangan bersama guru

Gambar kenangan bersama pelajar