VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 22 August 2019

CAKNA di Rumah Panjang Sekuau

Pada 21.8.2019,  pihak sekolah yang diketuai oleh Cikgu Shidin melawat ke rumah panjang di kawasan Sekuau.  Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan.  Selain itu,  pihak sekolah ingin melihat keadaan sebenar didikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka di rumah demi kemajuan dalam pelajaran mereka.  Lawatan ini melibatkan beberapa orang guru termasuk PK HEM.  Lawatan dimulakan jam 2 petang dan berakhir 4 petang.













Duit KWAPM Sumbangan Kerajaan

Pada 9.8.2019,  pihak sekolah meyalurkan duit kwapm yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada ibu bapa.  Tujuan pemberian duit kwapm ini ialah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dalam membeli peralatan sekolah anak-anak.  Lebih kurang Rm 30 ribu diberikan kepada anak-anak oleh pihak kerajaan di sekolah ini iaitu setiap seorang menerima RM 150.  Majlis pembahagian duit dilaksanakan dengan lancar bermula jam 1030 pagi dan berakhir 1130 pagi.










Friday, 9 August 2019

Aktiviti Bulan Bahasa

Bidang Bahasa telah melakukan pelbagai aktiviti di sekolah dalam usaha menarik minat pelajar dalam bahasa.  Selain itu,  aktiviti yang dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pentingnya bahasa dalam kehidupan kita kerana bahasa adalah medan komunikasi sesama manusia.  Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga untuk membina keyakinan diri pelajar,  bekerjasama dengan rakan dan menambah pengetahuan serta pengalaman.













Friday, 26 July 2019

Lawatan ke rumah pelajar (Program CAKNA)

Pada 24.7.2019,  pihak sekolah mengadakan kunjungan ke rumah pelajar-pelajar pada pukul 2 petang di Pertempatan Sibintek.  Tujuan kunjungan ini ialah untuk membina kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai pendidikan,  mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ibu bapa dengan guru.  Kunjungan ini diketuai oleh Cikgu Judo.  Guru-guru yang terlibat ialah Cikgu Catherine,  Louis,  Andy,  Abd Hakim,  Lim Ging Soon,  Hare Krishna,  Rudy dan Maydrin.  








PASAR TANI

Pada 19.7.2019,  sekolah telah mengadakan hari Pasar Tani di tapak perhimpunan.  Program ini dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional sekolah.  Program dimulakan seawal 7 pagi dimulakan dengan majlis perasmian oleh pengetua.  Beberapa buah gerai dibuka atas inisiatif pelajar sendiri dan guru-guru.  Contoh gerai yang disediakan ialah gerai makanan,  kedai gunting,  panggung wayang,  fotografi,  muzik dan lain-lain.  Setiap gerai yang dibuka dikenakan sumbangan sebanyak RM 10.  Tujuan pasar tani ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar mengenai dunia perniagaan,  bagaimana mengurus perniagaan,  mengurus pelangan,  daya tarikan dan sebagainya.  Pasar Tani ditangguhkan pada jam 1100 pagi.








Friday, 28 June 2019

Program Anjuran BSN

Pada 27.6.2019,  pihak sekolah didatangi oleh BSN cawangan Sibu.  Tujuan pihak BSN ini ke sekolah adalah untuk menyampaikan anugerah menabung paling banyak.  Sekolah kita telah mendapat juara kebangsaan iaitu memenangi anugerah daripada BSN sebanyak RM 9000.  Selain itu pihak BSN mengalakkan pelajar yang belum membuka akaun untuk berbuat demikian untuk menggalakkan pelajar menabung.  Majlis ditamatkan seawal pukul 1000 pagi.