VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday, 12 January 2016

ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN KP 2016

Orientasi ini bermula pada 5 – 8 Januari 2016.  Tujuan utama orientasi ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sekolah,  warga sekolah,  peraturan,  kedudukan kelas,  perpustakaan dan lain-lain.  Selain itu menyemai sikap kekitaan dikalangan pelajar,  tanggungjawab dan usaha untuk kejayaan dan masa depan diri.  Orientasi ini dianjurkan oleh Unit B&K dan dibantu oleh guru-guru yang terlibat. 






Sunday, 3 January 2016

TAKLIMAT PELAJAR ASRAMA awal Tahun 2016

Pada malam 3.1.2016,  para pelajar asrama dikumpulkan dan diberikan taklimat oleh Ketua waden dan Hem Sekolah berkenaan dengan disiplin dan peraturan asrama.  Semua pelajar berkumpul di dewan bersama dengan waden asrama masing-masing.  Setiap tahun taklimat ini diadakan untuk memberi peringatan kepada para pelajar berkenaan disiplin dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar asrama.





PENDAFTARAN SEKOLAH SESI 2016

Pada 3.1.2016,  para pelajar bersama ibu bapa melapor diri di sekolah untuk sesi persekolahan 2016 yang akan dijalankan esok.  Para ibu bapa dan pelajar sibuk menguruskan anak masing-masing iaitu mendapatkan buku teks,  pembayaran yuran,  mendapatkan jadual waktu,  mendaftar asrama dan sebagainya.  Seramai satu ribu lebih pelajar mendaftar pada hari ini yang rata-rata mereka yang bersekolah berhampiran dengan sekolah ini seperti SK Penghulu Imban,  SK St Mathew,  SK batu 36,  Sk Bt 15 dan lain-lain.  Pendafatran dijalankan dari jam 7 pagi hingga 2 petang.


Saturday, 14 November 2015

Sukan TAhuNAn SekolaH

Pada 9 - 13.11.2015,  pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan.  Sukan ini melibatkan semua pelajar yang diwakili oleh rumah sukan masing-masing.  6 rumah sukan yang bertanding ialah rumah sukan Syarif Masahor,  Banting,  Patinggi Ali,  Rosli Dhoby,  Rentap dan Linggir.  Tujuan aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk melihat bakat pelajar yang berkecenderungan dalam bidang sukan dan permainan.  Selain itu memberi kesedaran kepada para pelajar pentingya sukan untuk gaya hidup yang sihat.  Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti lompat jauh,  800 m,  200 m,  400 m,  1200 m jalan kaki,  lompat kijang,  lontar peluru dan lain-lain.  Pada tahun ini,  rumah sukan yang menduduki tempat pertama ialah Syarif Masahor dengan mengumpul 300 lebih mata.



Penyampaian hadiah kepada pemenang

MajLis AnugeraH KeCemerlaNgan

Pada 11.11.2015,  Pihak sekolah telah mengadakan majlis Anugerah kecemerlangan pelajar bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik,  sukan dan sahsiah.  Majlis ini dihadiri oleh setiausaha politik kerajaan iaitu Puan Chumang, PIBG,  ibu bapa,  guru dan pelajar.  Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang.  Selain itu juga,  para pelajar yang cemerlang SPM dan STPM tahun lepas (2014) turut dijemput untuk menerima anugerah masing-masing.

Penyampaian sijil
 Ibu bapa
Para pelajar

Saturday, 7 November 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asrama Di Hotel Paramount Sibu

Pada 7.11.2015,  Unit pengurusan asrama telah menganjurkan majlis anugerah kecemerlangan pelajar asrama di Hotel Paramount Sibu.  Tujuan utama anugerah ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar asrama yang sudah bertungkus lumus dalam membantu membangunkan asrama sekolah dari segi kebersihan,  keceriaan dan pembentukan modal insan yang berkualiti.  Selain itu,  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar cara kehidupan bandar lebih-lebih lagi pelajar yang terlibat adalah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Persembahan nyanyian oleh Pengetua Mr. Wong Teck Ling

 Penyampaian siji penghargaan oleh Ketua waden Mr. Shidin
 Ibu bapa
 Pelajar
 Pelajar
 Guru dan Pembantu Tadbir
Persembahan pelajar
Persembahan En. Britin

Tuesday, 3 November 2015

Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar Asrama

Pada 31.10.2015,  unit pengurusan asrama telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar asrama.  seramai 700 orang pelajar asrama yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar terhadap sumbangan mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang disampaikan semasa majlis ini ialah,  asrama terbaik,  asrama terbersih,  bilik tebersih dan terbaik dan lain-lain.  Semasa majlis ini dilangsungkan,  para pelajar juga menguji bakat menyanyi masing-masing.  Majlis ditamatkan pada jam 2 petang. 





Monday, 2 November 2015

Lawatan ke UCTS (Pelajar Pasca PT3)

Pada 30.10.2015,  Unit Bimbingan dan Kaunseling membawa para pelajar Tingkatan 3 melawat ke UCTS (University College Of Technology Sarawak).  Seramai 45 orang pelajar serta 3 orang guru bersama-sama mengiringi pelajar membuat lawatan ini.  Tujuan utama lawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai gaya pelajaran dan pembelajaran di Universiti.  Selain itu,  menanam sikap belajar diklangan pelajar demi masa depan mereka.  Pelajar juga diberi peluang merasa sendiri bagaimana belajar di Universiti.  Aktiviti pada hari itu ialah,  para pelajar disambut oleh pegawai-pegawai UCTS dengan diberi satu beg di pintu masuk utama. Kemudian,  para pelajar mendengar ceramah selama satu jam,  dan kemudian dibawa melawat sekitar kawasan.  Akhir sekali,  para pelajar diberi jamuan ringan.  Lawatan ini ditangguhkan jam 0100 petang.


Sunday, 1 November 2015

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 6

Pada 29.10.2015,  Unit Tingkatan 6 serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar Tingkatan 6.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar sebelum bermulanya peperiksaan STPM semester akhir.  Selain itu,  untuk meningkatkan semangat motivasi dan juang dikalangan pelajar supaya sentiasa mementingkan pendidikan demi masa depan mereka. Seramai 84 orang pelajar yang terlibat dengan majlis ini.  
 Ucapan pengetua
Bersalaman dengan pelajar

Kolej Teknologi Sarawak menyumbangkan water dispenser

Pada 29.10.2015,  Kolej Teknologi Sarawak telah menyumbangkan water dispenser kepada pihak sekolah kerana tanda mengucapkan terima kasih disebabkan selalu menerima mereka mengadakan ceramah dan motivasi kepada para pelajar sekolah ini.  Selain itu,  mereka juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak sekolah kerana ramai para pelajar telah melanjutkan pengajian di Kolej mereka dalam pelbagai jurusan dan telah menamatkan pengajian dengan jayanya.  Water dispenser ini akan ditempatkan di bilik kaunseling untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah.