VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 30 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 23.7.2015,  pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan hari raya di Dewan Sri Kenyalang.  Majlis ini dianjurkan oleh warga sekolah yang beragama Islam termasuk kakitangan sekolah dan pelajar.  Semua kakitangan seolah termasuk,  tkang kebun,  tukang cuci dijemput bersama-sama memeriahkan suasana majlis.


Saturday, 27 June 2015

Hari Muafakat kali kedua

Pada 27.6.2015,  pihak sekolah telaha mengadakan hari muafakat kali kedua.  Objektif program ini ialah untuk membincangkan hal ehwal akademik dan sikap anak-anak.  Seramai 291 orang ibu bapa yang hadir dalam menjayakan program ini.  Kali ini para pelajar yang terlibat ialah Tingkatn 3,  5 dan 6.  Penceramah khas juga dijemput iaitu Cikgu Asmadi bin hj Johari dari SMK Kampung nangka untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar.  Selepas selesai ucapan dan motivasi di dewan,  para pelajar dikehendai membawa ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan di kelas masing-masing.

Barisan pengurusan bersama ibu bapa,  penceramah di dalam dewan
Pelajar dan penceramah Cikgu Asmadi bin Hj Johari

Wednesday, 24 June 2015

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

Pada 23.6.2015 pukul 0700 petang,  semua pelajar lelaki asrama berkumpul di dewan seri kenyalang.  Tujuannya adalah untuk mendengar ceramah motivasi dari Cikgu Shidin dan Cikgu louis.  Ceramah pertama yang disampaikan oleh cikgu shidin menyentuh mengenai displin dan hal ehwal murid,  manakala ceramah kedua disampaikan oleh Cikgu louis menyentuh Hal ehwal cabaran kehidupan semasa dan globalisasi.  Ceramah berakhir jam 0930 malam,  pelajar minum malam dan balik ke asrama masing-masing.
 ceramah oleh Cikgu Shidin (ketua waden)
Ceramah oleh Cikgu Louis (Guru kaunseling)

Tuesday, 16 June 2015

LAWATAN PENGAWAS ASRAMA KE BANDARAYA KUCHING

 Lawatan Ke UNIMAS
 Lawatan Ke Jong Crocodlie
Lawatan ke Kampung Budaya

Saturday, 6 June 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA

Sambutan Hari guru peringkat sekolah anjuran bersama ibu bapa diadakan pada 29.5.2015.  Sambutan kali ini begitu meriah kerana disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang dipimpin oleh Cikgu Janting Abau.  Aturcara bermula dengan aktiviti di dewan iaitu dimulakan dengan ucapan,  bacaan ikrar,  nyanyian Guru Malaysia,  pemotongan kek dan persembahan serta ucapan wakil pelajar.  Kemudian,  majlis makan di Tingkatan 6 dan para guru kemudian melawat ke ke seluruh tingkatan.  Ibu bapa juga menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan Majlis tersebut.
 Sambutan pelajar di luar sebelum masuk ke dewan
 Bacaan ikrar oleh Cikgu Louis Pasu
 Acara pemotongan kek
 Persembahan tarian oleh pelajar
 Persembahan oleh para guru
 Majlis makan di kelas anjuran tingkatan 6 bersama ibu bapa
Majlis makan/jamuan di dalam kelas anjuran tingkatan masing-masing

Monday, 25 May 2015

Pra Gawai

Pada 23.5.2015,  pihak sekolah dengan kerjasama PIBG menganjurkan hari Pra Gawai.  Aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang akrab dengan PIBG serta ibu bapa di sekolah.  Selain itu untuk memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Dayak dalam perayaan Hari Gawai.  Majlis ini bermula pada pukul 1030 pagi dan berakhir jam 0100 petang.
 Persembahan Tarian Ngajat oleh pelajar
 Pentas Hari Gawai
 Makanan Tradisional pansuh ayam dan daging sapi
 Ibubapa dan guru
 Ucapan pengetua Mr. Wong Teck Ling
Ucapan YDP Mr Liang Mikui

Gotong Royong PIBG

Pada 23.5.2015,  Pihak sekolah dan PIBG mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan sekolah.  Tujuan aktiviti ini adalah untuk menjamin keselamatan para pelajar dan guru di sekolah.  Kawasan yang dibersihkan ialah menebas rumput di tepi pagar asrama,  mencuci dataran perhimpunan,  membina tapak astaka,  mengecat palang pintu dan lain-lain.  Gotong royong selesai pada jam 1000 pagi.  Aktiviti diteruskan dengan sambutan pra gawai.

RIMUP (Rancangan Intergrasi Untuk Perpaduan)

Pada 23.5.2015,  Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti RIMUP.  Sekolah lain yeng terlibat ialah SMK Jalan Oya.  Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di kalangan etnik,  kaum,  bangsa dan agama di negara ini.  Para peljar disatukan melalui aktiviti sukan dan permainan.  Kali ini,  para peserta menyertai pertandingan bola sepak dan catur. 

Tuesday, 19 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18.5.2015,  Sekolah telah menyambut perayaan Hari guru secara ringkas di dataran perhimpunan.  Sambutan Hari guru ini disambut oleh seluruh sekolah di Negara Malaysia pada hari yang sama ini.  Semua pelajar berkumpul bersama-sama untuk meriahkan sambutan hari tersebut.  Aturcara dimulakan dengan bacaan doa umum oleh ustaz Fariz,  disusuli dengan ucapan pengetua,  bacaan perutusan Pengarah Pendidikan oleh Ustaz Fariz,  kemudian bacaan perutusan Menteri Pendidikan.  Para guru kemudian membuat bacaan ikrar yang dikemudikan oleh Cikgu Louis Pasu,  disusuli dengan lagu "Kami Guru Malaysia",  "Pendidik Bumi Kenyalang".  Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek yang diketuai oleh pengetua.  Seterusnya,  para guru diberi penghargaan oleh pelajar dengan kada ucapan Selamat hari guru.  Majlis dijangka berakhir pada pukul 0800 pagi.  Para pelajar masuk ke kelas dan menduduki peperiksaan serta PdanP diteruskan.
 Pemotongan kek sempena sambutan hari guru
 Ucapan pengetua
 Bacaan perutusan Menteri Pendidikan
 
 Bacaan perutusan Pengarah pendidikan
Sumbangan pelajar "Terima Kasih Cikgu"

Orientasi Tingkatan 6 Rendah Minggu ke-2

Orientasi diteruskan pada minggu kedua, iaitu taklimat oleh cikgu Ibrahim mengenai kepentingan kk dalam memberi 10 markah kemasukan ke IPTA.  Para pelajar diberi kesedaran untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kk pilihan masing-masing.  PK KK Tingkatan 6 memainkan peranan dalam memberikan markah kepada pelajar selain daripada guru-guru kelab,  sukan dan permainan.  selain itu,  pada minggu kedua para pelajar menduduki ujian diagnostik mata pelajaran untuk penempatan kelas masing-masing.
Taklimat KK oleh Cikgu Ibrahim
 Aktiviti Riadah permainan bola tampar
 aktiviti Riadah permainan carom
Pembersihan kelas,  persediaan untuk belajar minggu berikutnya.