VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 19 July 2024

PERMUFAKATAN 1 2024

Pada 28 Jun 2024,  sekolah mengadakan Hari Permuafakatan dengan ibu bapa dan penjaga.  Tujuan permuafakatan ini ialah untuk membincangkan pencapaian akademik,  sahsiah dan kokurikulum anak masing-masing.  Semua pelajar dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 6 terlibat dengan sesi perjumpaan bersama guru dan ibu bapa mereka.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang perjumpaan tersebut :














Thursday, 16 May 2024

MERENTAS DESA 2024

Pada 4/5/2024,  sekolah telah mengadakan pertandingan merentas desa diantara pelajar-pelajar.  Para peserta dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing.  Setiap rumah sukan akan menghantar sebanyak 20 orang peserta.  Aktiviti merentas desa dimulakan seawal 7 pagi dan tamat 10 pagi.  Para Polis dan Trafik turut membantu bagi menjayakan aktiviti ini.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti :












GOTONG ROYONG PIBG MEI 2024

Pada 4/5/24,  pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong menyimen tapak letak motosikal dan mengisi batu di kawasan parking kenderaan ibu bapa di luar pagar.  Aktiviti gotong royong bermula jam 7 pagi dan berakhir 10 pagi.  Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti gotong royong diadakan.









PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN

Pada 14/5/2024,  pembentangan kajian tindakan oleh para guru SMKLBS dibuat di bilik mesyuarat.  Seramai 9 orang peserta membentangkan kajian masing-masing.  3 orang pegawai sic+ dari PPD memberi penilaian kepada semua kajian yang dibentangkan.  Berikut ialah gambar-gambar semasa kajian dibentangkan.













Monday, 22 April 2024

PERAYAAN HARI RAYA/TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 17/4/2024,  pihak sekolah mengadakan perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina secara serentak di Dewan Seri Kenyalang sekolah.  Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk merapatkan hubungan antara kaum dikalangan warga sekolah.  Semua guru dan kakitangan sekolah berkumpul di dewan pada pukul 1.30 petang.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua,  kemudian ucapan penyelaras tahun ini iaitu Cikgu Maslina dan Cikgu Lau Suk Lu.  Kemudian sesi cabutan bertuah diadakan.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti majlis.

ucapan penyelaras
doa ustaz
Ucapan pengetua Mr. Wong Tung Ang
Penyampaian pemenang cabutan bertuah