VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday, 3 October 2023

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA (KSU)

Pada 19/9/2023,  Ketua Setiausaha KPM membuat lawatan kerja ke sekolah ini bersama dengan pegawai-pegawai dari JPN dan PPD Sibu.  Tujuan lawatan beliau ialah untuk mengetahui keadaan sebenar kemudahan fizikal sekolah.  Semua pegawai dan barisan pengurusan sekolah berkumpul di bilik mesyuarat pada pukul 2. 45 petang.  Pengetua sekolah Mr. Wong Tung Ang membentangkan keadaan fizikal sekolah yang perlu dibaiki atau diganti terutama bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan teruk seperti High Level Tank,  Tangki air,  pam utama,  kerosakan paip di bilik makmal,  lantai kelas berlubang,  sistem penggera kebakaran dan lain-lain.  Berikut ialah lawatan beliau ke sekeliling kawasan sekolah :


























HARI PERMUAFAKATAN 2023

Pada 27/9/2023,  sekolah telah mengadakan Hari Permuafakatan kali ke-2 iaitu perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga berkaitan dengan pencapaian akademik/sahsiah anak mereka di sekolah.  Program dimulakan pukul 1000 pagi iaitu ibu bapa berkumpul di Dewan Seri Kenyalang.  1030 pagi dimulakan dengan ucapan YDP PIBG,  disusuli pengetua dan Taklimat pembukaan akaun oleh Public Bank.  Pada pukul 1100 pagi semua ibu bapa dan anak mereka berjumpa dengan guru tingkatan masing-masing di dalam kelas.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti dilaksanakan.


















Friday, 25 August 2023

GOTONG ROYONG MADANI

Pada 25/8/2023 pihak sekolah telah mengadakan gotong royong madani.  Fokus utama aktiviti gotong royong ialah membersih dan mengecat tandas.  Program dimulakan seawal 715 pagi dengan ucapan YDP PIBG Encik Saong Anak Dominic Daud,  ucapan pengetua dan ucapan penyelaras program (PKHEM).  Seterusnya aktiviti gotong royong dilaksanakan.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti :











  

Thursday, 17 August 2023

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU JOHNICOL ANAK NYALONG

Pada 10/8/2023 pihak sekolah mengadakan hari perpisahan kepada cikgu Johnicol Anak Nyalong.  Beliau akan berpindah ke Institut Perguruan Rajang menjawat jawatan sebagai pensyarah.  Majlis perpisahan diadakan di bilik mesyuarat dihadiri semua guru dan AKP.  Majlis dimulakan dengan ucapan penyelaras majlis oleh PK Pentadbiran Cikgu Louis Pasu, kemudian diikuti oleh pengetua Puan Law Sie Yieng dan seterusnya ucapan daripada guru yang diraikan.  Selepas itu disambung dengan sesi penyampaian hadiah.  Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis.